Adakah Ini Gambar Sebenar Honor Note 10 Dengan Sokongan Skrin AMOLED 6.9 Inci?! Comments Off on Adakah Ini Gambar Sebenar Honor Note 10 Dengan Sokongan Skrin AMOLED 6.9 Inci?!

honor Note 10 sebelum ini dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan menampilkan sokongan spesifikasi flagship dalam rekaan skrin yang sangat besar mencecah sehingga 6.9 inci. Hari ini gambar sebenar peranti itu telah mula kelihatan selepas dikongsikan oleh blog Techtastic dari Belanda.

Daripada gambar tersebut, honor Note 10 dengan paparan skrin AMOLED berukuran 6.9 inci ini kelihatan agak besar tetapi ia hadir dengan sokongan saiz bezel yang sangat kecil. Malah ia kelihatan lebih kecil jika dibandingkan dengan konsol permainan Nintendo Switch yang memiliki ukuran 238.7 x 101.6 x 14mm.

Berdasarkan pendedahan Geekbench, honor Note 10 dipercayai akan menyokong pemproses HiSilicon Kirin 970, dioperasikan dengan EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, RAM berkapasiti 6GB dan ada khabar angin yang mengatakan ia turut menerima bateri berkapasiti mencecah sehingga 6000 mAh.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend