Adakah Benar Peranti Di Dalam Video Ini Dikatakan iPhone SE 2?! Comments Off on Adakah Benar Peranti Di Dalam Video Ini Dikatakan iPhone SE 2?!

Sejak dari tahun lepas lagi berita kebocoran mengenai model iPhone SE 2 sering diperkatakan di Internet, kerana ia dikatakan bakal meneruskan konsep rekaan skrin yang sama seperti iPhone X. Sungguhpun begitu, perkara itu hanya sekadar khabar angin yang tidak dapat disahkan.

Nampaknya baru-baru ini seorang pengguna di blog mikro popular di China dilihat telah berkongsi sebuah video berdurasi 32 saat dan mendakwa ia merupakan iPhone SE 2. Benar atau tidak, setakat ini kami sendiripun masih tidak dapat mengesahkannya, tetapi jelas dapat dilihat bahawa rekaan sisi kerangka model di dalam video itu kelihatan mirip seperti rekaan iPhone SE generasi pertama kerana kelihatan lebih bersegi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend