Acer Umum Kerjasama Dengan ‘Shroud’ Sebagai Duta Jenama Global Predator Comments Off on Acer Umum Kerjasama Dengan ‘Shroud’ Sebagai Duta Jenama Global Predator

Acer baru-baru ini telah memgumumkan bahawa mereka telah menjalinkan kerjasama dengan streamers paling popular di Twitch iaitu Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai ‘Shroud’. Dilantik sebagai duta jenama global Predator, Shroud diyakini mampu membantu mengukuhkan lagi barisan PC dan monitor gaming Predator di kalangan peminat dan juga komuniti gamers di seluruh dunia.

Menurut kenyataan Vincent Lin selaku Naib Presiden Perancangan dan Pemasaran Produk Acer Inc, jalinan kerjasama ini akan menjadi kaedah baharu untuk mempromosikan produk Predator yang terkini di pasaran dengan lebih cepat di kalangan peminat Predator dan juga komuniti permainan dengan lebih meluas.


→ Kehebatan Shroud dalam permainan PUBG sememangnya sukar untuk dinafikan walaupun telah mengalami kecederaan di tangan yang agak serius baru-baru ini.

Dengan lebih enam juta pengikut di Twitch, Shroud telah memulakan kariernya sebagai pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive, beliau kini telah beralih sebagai streamer sepenuh masa dan memiliki peminat yang sangat ramai di media sosial miliknya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend