Acer TravelMate P614, TravelMate X314 dan TravelMate P214 Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM2,599 Comments Off on Acer TravelMate P614, TravelMate X314 dan TravelMate P214 Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM2,599 407

Selain memperkenalkan Chromebook 311 untuk pasaran tempatan, Acer Malaysia turut menawarkan tiga model komputer riba terbaharunya dengan kemunculan siri TravelMate di Malaysia. Ketiga-tiga model yang dilancarkan ini termasuklah Acer TravelMate P614, TravelMate X314, dan juga TravelMate P214. Sama seperti Chromebook 311, ketiga-tiga komputer riba ini turut menjanjikan ketahanan dengan gred ketenteraan AS (MIL-STD 810G).

Acer TravelMate P614

Antara tiga model yang dilancarkan, TravelMate P614 merupakan komputer riba yang disasarkan untuk pengguna profesional dan juga ahli perniagaan yang sentiasa aktif bergerak. Tampil dengan kerangka yang diperbuat daripada magnesium aloi senipis 16.6mm, TravelMate P614 dengan berat 1.1kg ini turut menjanjikan rekaan yang tahan lasak.

Dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7, TravelMate P614 dilengkapi dengan RAM berkapasiti 8GB, 512GB SSD PCIE NVMe, skrin sentuh 14 inci IPS LCD FHD, speaker stereo dengan teknologi Acer TrueHarmony, USB Type-C 3.1 Gen 2 dengan Thunderbolt 3, kamera IR yang menawarkan akses mudah ke Windows 10, kamera web dengan sokongan penutup untuk privasi, dan juga butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina-dalam.

Acer TravelMate P614 dijual pada harga RM5,699 dan akan mula ditawarkan bermula suku ketiga 2019 nanti melalui kedai dalam talian rasmi Acer, dan juga penjual sah Acer terpilih di seluruh negara.

Acer TravelMate X314

Disasarkan untuk pengusaha perniagaan kecil dan sederhana, Acer TravelMate X314 turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari yang diintegrasikan pada butang kuasa, kamera web dengan sokongan IR, dan juga penutup khas kamera web bagi mengekalkan ciri-ciri privasi.

Acer TravelMate X314 dengan sokongan kerangka yang diperbuat daripada aluminium ini memiliki ketebalan 19.9mm, dan juga berat 1.6kg. Dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5 generasi ke-8, ia turut menyokong RAM 8GB DDR4, SSD PCIE NVMe sebesar 256GB, skrin IPS LCD 14 inci FHD, dan juga ketahanan bateri sehingga 15 jam.

Turut ditawarkan bermula suku ketiga 2019 nanti, Acer TravelMate X314 akan dijual pada harga RM3,899 melalui kedai dalam talian rasmi Acer dan juga penjual sah terpilih di seluruh negara.

Acer TravelMate P214

Berbeza dengan dua model yang lain, Acer TravelMate P214 merupakan model terendah dari siri Acer TravelMate dan ia ditawarkan dalam empat varian berbeza. Hadir dengan pilihan skrin berukuran 14 inci atau 15.6 inci, TravelMate P214 turut menawarkan pilihan untuk DVD Writer terbina-dalam.

Dikuasakan dengan pilihan pemproses Intel Core i3 atau i5 generasi ke-8, komputer riba ini menyokong RAM DDR4 berkapasiti 4GB, dan juga ketahanan bateri sehingga 14 jam. Dengan menampilkan kemasan dengan tekstur yang direka khas pada penutup bahagian atasnya. Acer TravelMate P214 menjanjikan permukaan yang lebih tahan calar.

Acer TravelMate P214 sudah boleh dimiliki di kedai dalam talian rasmi Acer dan juga penjual Acer terpilih yang sah di seluruh negara, pada harga bermula daripada RM2,599 hingga RM3,099.

Baca juga:

Acer Malaysia Lancar Chromebook 311 Berharga RM1,299 – Khusus Untuk Kegunaan Pelajar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend