Acer Tawar Diskaun Melebihi RM1000 Dengan Hadiah Pada 11.11 Untuk Nitro 5 Comments Off on Acer Tawar Diskaun Melebihi RM1000 Dengan Hadiah Pada 11.11 Untuk Nitro 5 131

Acer Malaysia tidak melepaskan peluang dalam menawarkan tawaran istimewa kepada orang ramai pada 11.11 ini. Diskaun melebihi RM1000 dan hadiah menarik menanti pembeli komputer riba permainan, Acer Nitro 5. Ia akan berlaku di platfom e-dagang, Lazada melalui kedai rasmi Acer.

Bagi sesiapa yang meminati jenama Acer dan sedang mencari komputer riba baharu, anda boleh tandakan tarikh pada 11 November 2019. Ini kerana Acer Malaysia akan menawarkan Nitro 5 pada harga RM2899 (RM3499) dengan hadiah percuma seperti Predator Cestus Mouse 310, waranti tambahan Acer Supercare 2, dan langganan percuma McAfee yang kesemuanya bernilai RM847.

Acer Nitro 5 Avengers Edition

Selain daripada Acer Nitro 5, terdapat beberapa lagi model komputer riba ditawarkan pada harga yang istimewa. Antara produk yang disenaraikan ialah Acer Aspire 3, Acer Switch 7, dekstop, dan monitor. Setiap pembelian untuk mana-mana produk yang disenaraikan akan disertakan dengan fon kepala Predator Galea 311 secara percuma. Dapatkan hadiah ini dengan pembelian minimum RM339 untuk monitor.

Ingat, tawaran ini hanya berlaku satu hari sahaja dan untuk lebih penjimatan, anda juga boleh mengaut baucar di kedai rasmi Acer Malaysia di Lazada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend