Acer Swift 7 Paling Ringan, Paling Kompak Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM5,999 Comments Off on Acer Swift 7 Paling Ringan, Paling Kompak Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM5,999 162

Bersama-sama pelancaran Predator Triton 900, Predator Helios 300, Nitro 7, dan Nitro 5, pihak Acer Malaysia turut membuat kejutan dalam majlis pelancaran dengan memperkenalkan Acer Swift 7.

Bagi yang arif tentang komputer riba, anda mungkin kenal dengan siri Swift ini. Ia merupakan komputer riba yang ringan dan kompak tetapi berkuasa. Kini generasi terbaru telah diperkenalkan kepada pengguna tempatan.

Alicia Tan bersama Swift 7

Rekaan Swift 7 sangat mengiurkan kerana ia hadir dengan bingkai paparan yang sangat nipis diikuti ketebalan yang minimal. Menurut Acer, komputer riba ini sangat sesuai dibawa bersama ketika di luar untuk tujuan kerja dan sebagainya kerana ia tidak membebankan.

Ketebalan yang hampir sama dengan telefon pintar
Berbeza dengan komputer riba 14-inci di pasaran

Swift 7 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Moonstone White dan Starfield Black pada harga RM7,599 dan RM5,999 untuk varian spesifikasi Intel Core i5, memori 8GB RAM, dan 256GB SSD storan. Pembelian Swift 7 turut didatangkan dengan sarung kulit yang elegan dan adapter port I/O.

Warna putih untuk varian tertinggi

Agak jarang untuk melihat komputer riba yang memiliki paparan skrin besar pada badan kecil. Swift 7 dilengkapi paparan 14-inci FHD boleh sentuh dengan teknologi 100% sRGB color gamut.

Harga untuk Swift 7 ini mungkin mahal bagi sesetengah pengguna walaupun spesifikasinya tidak seberapa, tetapi jika anda lebih pentingkan mobiliti, Swift 7 satu-satunya komputer riba yang anda patut pertimbangkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend