Acer Swift 5 Dengan Pemproses Gen ke-10 Mula Ditawarkan Di Malaysia – Bermula RM3699 Comments Off on Acer Swift 5 Dengan Pemproses Gen ke-10 Mula Ditawarkan Di Malaysia – Bermula RM3699 144

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan siri Swift 5 yang terbaru ke pasaran tempatan, menawarkan pemproses Intel Core Generasi ke-10 pada harga bermula RM3699 sebuah.

Seperti model terdahulu, komputer riba ini masih mengekalkan reka bentuk kompak serta berat badan yang ringan iaitu kurang dari 1 kilogram. Melaluinya, skrin sebesar 14-inci telah diletakkan bersama tetapi kini dengan ketebalan bezel hanya 3.97mm. Walaupun ia ringan, binaan kerangka Swift 5 diperbuat daripada aloi magnesium dan di dalamnya terdapat pilihan grafik Intel Iris Plus atau NVIDIA GeForce MX250.


Swift 5 yang terkenal dengan produktiviti boleh didapati dengan tiga pilihan konfigurasi yang mana spesifikasi teratas pada harga RM4699. Kesemua ini didatangkan sokongan Thunderbolt dan hayat bateri sehingga 11 jam dengan sekali pengecasan penuh. Keupayaan pengecasan pantas juga membolehkan penggunaan komputer sehingga 4.5 jam.

SF514-54T-50GD (RM3699)

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i5-1035G1
  • 8GB Onboard LDDR4
  • 512GB PCle SSD
  • Intel UHD Graphics
  • 2 tahun waranti dengan 1 tahun ITW
  • Moonstone White / Charcoal Blue

SF514-54T-512N (RM3999)

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i5-1035G1
  • 8GB Onboard LDDR4
  • 512GB PCle SSD
  • NVIDIA MX250
  • 2 tahun waranti dengan 1 tahun ITW
  • Moonstone White

SF514-54T-70AA (RM4699)

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i7-1065G7
  • 16GB Onboard LDDR4X
  • 512GB PCle SSD
  • Intel Iris Plus Graphics
  • 2 tahun waranti dengan 1 tahun ITW
  • Charcoal Blue


Swift 5 hadir dengan dua pilihan warna dan boleh didapati di semua Acer Store Concept, stor dalam talian rasmi Acer, dan penjual sah di seluruh negara. Pembelian komputer riba Swift 5 di kedai-kedai terpilih juga didatangkan dengan Mi True Wireless Earbud Basic secara percuma.

Acer Concept Stores

  • Clicknet Technology – Sunway Pyramid
  • Notebook Pro – Digital Mall SS14 Petaling Jaya
  • Malaysian House of Internet – Plaza Low Yat
  • Brightstar Computer – IOI City Mall Putrajaya
  • Pro Trade Marketing – Plaza Alam Sentral
  • SNS Network –
    • The Mines
    • Plaza Low Yat
    • Jalan Bandar Melawati, Bandar Melawati
    • Wangsa Walk Mall

Penjual sah Acer:

  • Thunder Match Technology – Mid Valley Megamall
  • All IT Hypermarket – Digital Mall
  • Harvey Norman – IPC Shopping Centre @ The Curve
  • senQ – One Utama Shopping Centre
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend