Acer Spin 3 Dengan Bukaan Skrin Sehingga 360 Darjah Dan Spesifikasi Lebih Baik Turut Diperkenalkan Comments Off on Acer Spin 3 Dengan Bukaan Skrin Sehingga 360 Darjah Dan Spesifikasi Lebih Baik Turut Diperkenalkan

Selain melancarkan komputer riba gaming berprestasi tinggi dengan kemunculan Acer Predator Helios 700/300, Acer turut memperkenalkan komputer riba yang disasarkan untuk golongan profesional muda dengan model Acer Spin 3.

Sebagaimana siri Acer Spin sebelum ini, model terbaharu ini masih mengekalkan rekaan skrin dengan bukaan sehingga 360 darjah. Menariknya kini ia turut menerima sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan dengan pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke-8, dan juga kad grafik NVIDIA GeForce MX230.

Acer Spin 3 yang menyokong skrin sentuh 14 inci IPS FHD ini turut menyokong input sentuhan menggunakan jari dan juga Acer Active Pen secara serentak. Dengan berat sekitar 1.7kg, komputer riba yang juga boleh digunakan sebagai tablet ini turut menawarkan sokongan PCIe SSD sehingga 512GB, storan HDD sehingga 1TB dan hadir prestasi WiFi 5 yang lebih baik.

Komputer riba dengan rekaan fleksibel yang mampu bertahan sehingga 12 jam dengan satu cas ini akan dijual untuk pasaran Amerika Utara pada harga USD499.99 (kira-kira RM2,064), dan pasaran EMEA pada harga EUR699 (kira-kira RM3,256) bermula Jun 2019 nanti.

Baca juga:

Acer Perkenal Predator Helios 700 Dengan Papan Kekunci Gelongsor ‘HyperDrift’ Untuk Penyejukan Optimum

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend