Acer Perkenal Predator Helios 700 Dengan Papan Kekunci Gelongsor ‘HyperDrift’ Untuk Penyejukan Optimum Comments Off on Acer Perkenal Predator Helios 700 Dengan Papan Kekunci Gelongsor ‘HyperDrift’ Untuk Penyejukan Optimum

Bersempena dengan acara [email protected] Global Press Conference yang berlangsung di New York, Acer telah memperkenalkan dua lagi model terbaharunya daripada siri Predator Helios yang menjanjikan teknologi dan juga rekaan inovatif untuk golongan gamers global.

Acer Predator Helios 700

Acer Predator Helios 700 merupakan sebuah komputer riba yang yang unik kerana ia telah menampilkan rekaan papan kekunci jenis gelongsor yang dikenali sebagai ‘HyperDrift’. Rekaan sebegini membolehkan papan kekunci ditarik ke depan bagi memastikan sistem penyejukan yang maksimum.

Papan kekunci HyperDrift merupakan sebahagian daripada komponen sistem penyejukan Helios 700 yang terdiri daripada AeroBlade 3D Fans 4th Gen, lima paip haba tembaga, vapor chamber dan juga Acer CoolBoost Technology. Apabila papan kekunci ini ditarik ke depan, dua pengambilan udara tambahan yang terdedah mampu memberikan aliran udara tambahan yang lebih efisien.

Acer Predator Helios 700 dikuasakan dengan pemproses sehingga Intel Core i9 Gen 9, grafik NVIDIA GeForce RTX 2080/2070, sehingga 64GB DDR4, Killer DoubleShot Pro dengan Killer WiFi 6 AX 1650 dan E3000 – yang mampu menjanjikan kapasiti rangkaian sehingga empat kali ganda berbanding rangkaian tanpa wayar AC sebelum ini.

Predator Helios 700 ini akan dijual di China pada Jun 2019 dengan harga CNY19,999 (kira-kira RM12,284), dan untuk pasaran Amerika Utara dan EMEA pula akan dijual bermula Julai 2019 pada harga masing-masing USD2,699 (kira-kira RM11,136) dan EUR2,699 (kira-kira RM12,572).

Acer Predator Helios 300

Selain Helios 700, Acer turut memperkenalkan model komputer riba gaming kelas pertengahan dengan penawaran Helios 300. Dengan menampilkan rekaan kerangka logam berwarna biru pudar, ia turut menyokong papan kekunci dengan efek lampu RGB sama seperti siri Predator yang lain.

Turut dilengkapi dengan paparan 144Hz, Helios 300 hadir dengan dua paparan berukuran 15.6 inci atau 17.3 inci FHD IPS dengan masa respons hanya 3ms. Rekaan bezel yang nipis pada skrin ini telah dikuasakan dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 GPU (Max-Q Design) yang menyokong butang dedikasi Turbo untuk prestasi maksimum.

Acer Predator Helios 300 menyokong pemproses sehingga Intel Core i7 Gen 9, memori DDR4 2666MHz sehingga 32GB, dan juga sehingga dua PCIe NVMe SSD (Raid 0) beserta pemacu cakera keras biasa. Apa yang pasti, sokongan spesifikasi berkuasa dengan teknologi penyejukan AeroBlade 3D Fans 4th Gen, Acer CoolBoost dan juga PredatorSense, ia memastikan prestasi gaming terbaik.

Predator Helios 300 akan dijual di China pada Mei 2019 dengan harga CNY11,999 (kira-kira RM7,370), dan untuk pasaran Amerika Utara dan EMEA pula akan dijual bermula Jun 2019 pada harga masing-masing USD1,199 (kira-kira RM4,949) dan EUR1,499 (kira-kira RM6,986).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend