Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan Ryzen 7 Dan GTX 1650 Pada Harga RM2999 Comments Off on Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan Ryzen 7 Dan GTX 1650 Pada Harga RM2999

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketersediaan Acer Nitro 5 yang terbaru dengan spesifikasi telah dikemas kini untuk pasaran tempatan.

Acer Nitro 5 menawarkan pemproses AMD Ryzen 7 3750H yang disokong sistem grafik NVIDIA GeForce GTX 1650. Perkakasan dalaman juga didampingi memori SSD 512GB PCle NVMe berserta 4GB RAM DDR4 yang boleh dipertingkatkan sehingga 32GB. Terdapat slot tambahan m.2 dan HDD Upgrade Kit bagi memudahkan pengguna menaik taraf komputer pada masa akan datang.

Acer Nitro 5 hadir dengan paparan 15.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Sistem audio pula dipadankan bersama dua pembesar suara Waves MaxxAudio berteknologi Acer TrueHarmony. Bagi menyejukkan Acer Nitro 5 daripada haba, dua kipas rekaan Acer CoolBoost telah dimuatkan bersama disamping komputer riba dilengkapi I/O port seperti HDMI 2.0 dan USB Type-C 3.1 Gen 1.

Acer Nitro 5 terbaru boleh didapati di semua kedai fizikal Acer atau kedai sah terpilih di seluruh negara pada harga RM2999 seunit. Jualan juga dibuka secara atas talian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend