Acer Malaysia Terima Anugerah The BrandLaureate Untuk Kali Kedua Berturut-turut Comments Off on Acer Malaysia Terima Anugerah The BrandLaureate Untuk Kali Kedua Berturut-turut

Atas kerja keras yang berterusan, Acer Malaysia sekali muncul di atas pentas The BrandLaureate baru-baru ini untuk menerima anugerah Jenama IT Paling Digemari (Penyelesaian Komputer) untuk tahun 2018 hingga 2019.

Kejayaan ini juga adalah yang kedua selepas Acer Malaysia diiktiraf sebagai Jenama IT Terkenal Pilihan Terbaik (Penyelesaian Komputer) pada tahun lalu.

Acer telah terbukti dapat memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna malah jenama ini juga tersenarai di kedudukan yang pertama dalam segmen komputer riba dan desktop di 24 buah negara.

Suku pertama tahun 2019 sahaja, Acer telah berjaya menjadi pengeluar nombor satu dalam mengedarkan komputer riba gaming dan desktop gaming di Malaysia.

Kepada anda yang tidak tahu apa itu The BrandLaureate, ia merupakan majlis penganugerahan yang dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik (APBF).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend