Acer Malaysia Lancar Chromebook 311 Berharga RM1,299 – Khusus Untuk Kegunaan Pelajar Comments Off on Acer Malaysia Lancar Chromebook 311 Berharga RM1,299 – Khusus Untuk Kegunaan Pelajar

Hari ini Acer Malaysia telah melancarkan Acer Chromebook 311 untuk pasaran tempatan yang memfokuskan kepada sektor pendidikan terutamanya para pelajar. Ini dapat dilihat melalui rekaan yang tahan lasak, pemproses efisien tenaga, dan juga bateri yang lebih tahan lama, sesuai untuk kegunaan pembelajaran.

Acer Chromebook 311 yang dioperasikan dengan Chrome OS ini telah dikuasakan dengan pemproses Intel Celeron N4100 yang efisien penggunaan tenaga, sekaligus menjanjikan ketahanan bateri sehingga 12 jam. Ia juga turut dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB, ruang storan eMMC sebesar 32GB, dan juga slot kad microSD.

Dengan pengiktirafan MIL-STD 810G yang diluluskan oleh Ketenteraan AS, Acer Chromebook 311 boleh bertahan daripada terjatuh dari ketinggian 122cm (paras dada), dan mampu menerima tekanan bebanan sehingga 60kg. Tidak cukup dengan itu, ia juga menawarkan perlindungan daripada tumpahan air secara tidak sengaja sehingga 330ml.

Acer Chromebook 311 juga turut tersedia dengan sokongan Google Play Store yang membolehkan pengguna memuat turun pelbagai aplikasi bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan juga hiburan.

Ditawarkan pada harga RM1,299, Acer Chromebook 311 sudah boleh didapati di semua kedai dalam talian dan penjual sah Acer di seluruh negara, dengan jaminan waranti antarabangsa selama satu tahun.

Spesifikasi Acer Chromebook 311:

  • Chrome OS
  • Intel Celeron Quad-Core N4100 (4MB Cache sehingga 2.4GHz)
  • 4GB LPDDR4
  • 32GB eMMC
  • Intel UHD Graphics 600
  • 11.6 inci HD (1366 x 768 piksel) dengan Acer ComfyView
  • 1.26kg

Baca juga:

Acer TravelMate P614, TravelMate X314 dan TravelMate P214 Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM2,599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend