8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rekaan Kamera Depan Huawei Nova 4?! Comments Off on 8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rekaan Kamera Depan Huawei Nova 4?!

Berbeza dengan kebanyakan peranti keluaran Huawei sebelum ini, Huawei Nova 4 telah menjanjikan satu kelainan yang lebih unik dalam rekaannya. Ini kerana tanpa menggunakan rekaan kerangka jenis gelongsor, ia masih mampu menempatkan kamera depan pada skrin tanpa memberi gangguan visual sebagaimana rekaan takuk yang digunakan sebelum ini. Jadi untuk itu kami ingin berkongsi dengan anda apakah maklumat dan juga keistimewaan rekaan kamera pada skrin yang diperkenalkan pada Huawei Nova 4 ini…

1. Peranti pertama Huawei hadir dengan rekaan ‘Punch FullView Display’

Sebelum ini siri Nova 3 hadir dengan rekaan takuk yang agak lebar, dan kemudiannya takuk pada Huawei Mate 20 dan Mate 20 X telah dikecilkan dengan rekaan mirip seperti titisan air. Kini dengan Huawei Nova 4, buat pertama kalinya ia hadir dengan rekaan kamera depan yang dikenali sebagai ‘Punch FullView Display’. Pada pendapat kami, rekaan kamera depan sebegini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan rekaan takuk yang meluas digunakan pada masa ini.

2. Rekaan kamera depan di dalam skrin

Bagi mendapatkan rekaan sebegini, Huawei telah meletakkan kamera depan beresolusi 25MP dengan aperture f/2.0 di dalam atau lebih tepat di bawah skrin. Kedudukan kamera depan pada Huawei Nova 4 telah diletakkan di dalam kerangka peranti dan satu bulatan kecil akan ditebuk pada bahagian panel LCD, sebelum ia dilindungi dengan panel kaca untuk perlindungan skrin.

3. Kamera depan terkecil dalam pasaran berukuran 3.05mm

Huawei Nova 4 merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan kamera depan paling kecil setakat ini di pasaran dengan diameter berukuran hanya 3.05mm sahaja. Ini secara tidak langsung membolehkan lubang pada panel LCD perlu ditebuk dengan lebih kecil, sekaligus memastikan rekaan ‘Punch FullView Display’ yang lebih optimum.

4. Saiz lubang pada skrin yang lebih kecil

Tumpuan pada skrin terasa lebih baik dengan Huawei Nova 4 kerana saiz keseluruhan lubang pada skrin adalah jauh lebih kecil iaitu berukuran hanya 4.5mm. Rekaan sebegini ternyata jauh lebih baik jika dibandingkan dengan rekaan lubang kamera depan pada Samsung Galaxy A8s yang berukuran 6.5mm iaitu 2mm lebih besar berbanding Huawei Nova 4.

5. Kedudukan kamera depan di kiri skrin

Sebenarnya kedudukan kamera depan pada Huawei Nova 4 telah ditempatkan pada sisi kiri skrin adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan cap jari pada permukaan kamera. Perkara ini telah diambil kira berdasarkan kepada cara penggunaan telefon daripada orang ramai, yang mana ruangan notifikasi kebiasaannya ditarik pada sebelah kanan skrin berbanding kiri skrin. Pengurangan sentuhan pada sisi atas kiri skrin mampu mengelakkan pengambilan gambar swafoto yang kabur disebabkan oleh kesan cap jari.

6. Enjin Kecantikan AI yang berkuasa

Kamera depan pada Huawei Nova 4 menjanjikan hasil gambar swafoto yang baik dengan adanya bantuan Enjin Kecantikan AI (AI Beauty Engine) yang berkuasa. Ini kerana Huawei Nova 4 menyokong kombinasi terbaik antara pemproses Kirin 970 dengan sokongan DSP (Digital Signal Processor) dan ISP (Image Signal Processor) + sensor Sony IMX576 beresolusi 25MP + cipset NPU dengan sokongan AI yang mampu mengenal pasti lebih 200 objek dan persekitaran berbeza.

7. Masih mampu memaparkan ruangan status penuh

Berbeza dengan rekaan takuk yang lebar, rekaan ‘Punch FullView Display’ masih mampu memaparkan ruangan status penuh tanpa gangguan. Ini bermakna anda masih boleh melihat status isyarat sambungan, masa, bateri dan juga notifikasi tanpa dilindungi oleh rekaan takuk pada skrin.

8. Tempoh masa yang diambil untuk kesempurnaan rekaan

Untuk pengetahuan anda, Huawei telah mengambil masa lebih kurang 12 bulan untuk menyempurnakan rekaan ‘Punch FullView Display’ pada Huawei Nova 4. Bahkan seramai 300 orang jurutera telah digunakan untuk tujuan tersebut dan ia melibatkan sehingga 20,000 unit prototaip, sebelum rekaan akhir berjaya dicapai.

Harga dan ketersediaan Huawei Nova 4 di pasaran tempatan:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend