8 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Realme 3?! Comments Off on 8 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Realme 3?! 345

Realme 3 sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Mac 2019 yang lalu dengan harga jualan RM599 untuk varian 3GB + 32GB, dan juga RM699 untuk varian 4GB + 64GB. Menariknya hari ini (27 Mac 2019), Realme 3 varian 3GB + 32GB sudahpun boleh dibeli secara eksklusif hanya di Lazada pada harga RM549 bersempena promosi ‘Jualan Ulang Tahun Ke-7’.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk memiliki Realme 3, berikut adalah perkara menarik yang ditawarkan oleh telefon pintar dengan harga mesra poket ini…

#1. MediaTek Helio P60

Mungkin masih ada di antara anda yang skeptikal dengan cipset MediaTek Helio P60, tetapi untuk pengetahuan anda ia sebenarnya menjanjikan prestasi yang setanding dengan cipset Qualcomm Snapdragon 660. Bahkan ia juga lebih efisien penggunaan tenaga kerana dibangunkan dengan proses 12nm.

MediaTek Helio P60 juga telah dilengkapi dengan modul AI dedikasi yang dikenali sebagai NeuroPilot bagi memastikan prestasi AI yang lebih baik untuk proses pengecaman wajah, mengenalpasti persekitaran untuk penggambaran dan banyak lagi.

#2. ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie

Harga yang murah tidak menyekat Realme untuk menjanjikan sokongan sistem operasi yang terkini kerana Realme 3 telah dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 6.0 yang terbaru berasaskan Android 9.0 Pie. Selain sokongan cipset yang berkuasa, penggunaan sistem operasi yang terkini juga adalah penting dalam memastikan pengalaman penggunaan yang terbaik.


Sebagaimana yang kita sedia maklum, ColorOS 6.0 hadir dengan kemasan antaramuka yang baharu sepenuhnya kerana paparannya telah dioptimumkan untuk skrin penuh, tema warna yang lebih moden serta kemas, dilengkapi dengan talam aplikasi dan banyak lagi.

#3. Skrin 6.22 inci dengan rekaan takuk kecil

Realme 3 menampilkan rekaan takuk jenis ‘Dewdrop Display’ yang mampu mengoptimumkan paparan imej pada skrin berukuran 6.22 inci HD+. Rekaan sebegini juga memberikan nisbah skrin-ke-kerangka yang mencecah 88.3% dan juga saiz bezel yang lebih nipis iaitu sekitar 2.05mm sahaja.

Tidak dinafikan bahawa resolusi yang disokong oleh Realme 3 hanya setakat HD+ (1520 x 720 piksel), tetapi ini secara tidak langsung menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik kerana kurang bebanan diperlukan untuk mengoperasikan peranti ini.

#4. Bateri berkapasiti 4230 mAh

Tidak dinafikan prestasi berkuasa sering menjadi kriteria penting dalam pemilihan sesebuah telefon pintar, tetapi tidak dapat disangkal lagi ia perlulah seimbang dengan ketahanan bateri. Realme 3 ternyata menitik beratkan perkara ini dengan menawarkan bateri berkapasiti 4230 mAh yang turut dibantu dengan bantuan perisian AI Power Master dan juga fungsi Screen Battery Optimization (SBO).

Pengaktifan fungsi SBO dikatakan mampu menjanjikan ketahanan bateri yang sangat baik jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain:

Ketahanan bateri Realme 3:

  • PUBG → 11.2 jam (SOB off) / 12.4 jam (SOB on)
  • YouTube → 13.9 jam (SOB off) / 14.4 jam (SOB on)
  • Melayari Internet → 18.0 jam (SOB off) / 18.9 jam (SOB on)

#5. Dwi kamera dengan mod ‘Nightscape’ dan ‘Chroma Boost’

Realme 3 memiliki dwi kamera beresolusi 13MP + 2MP (f/1.8) ternyata menjanjikan keupayaan penggambaran yang lebih menarik jika dibandingkan dengan telefon pintar dari segmen harga yang sama. Ini kerana ia menyokong dua mod kamera eksklusif iaitu Nightscape yang mampu mengambil gambar lebih terang, kurang noise dan lebih terperinci dalam persekitaran yang gelap tanpa memerlukan bantuan tripod.

Manakala pengaktifan mod Chroma Boost pula memastikan hasil gambar yang diambil kelihatan lebih menonjol warnanya, dan dalam masa yang sama memperbaiki ciri dynamic range bagi menghasilkan pencahayaan yang lebih seimbang dan sempurna.

#6. Kamera swafoto AI 13MP dengan fungsi pengecaman wajah

Sokongan cipset AI daripada MediaTek Helio P60 membolehkan penggambaran swafoto menggunakan kamera beresolusi 13MP pada Realme 3 kelihatan lebih cantik. Ini kerana ia menyokong ciri AI Beauty dan juga efek kecantikan wajah yang boleh ditala secara manual. Bahkan kamera swafoto ini juga boleh digunakan untuk ciri keselamatan biometrik menggunakan kaedah pengecaman wajah yang pantas.

#7. Aplikasi ‘Game Space’ khusus untuk permainan

Realme 3 bukanlah sebuah telefon pintar yang dikhususkan untuk permainan mudah alih, tetapi ia dilihat masih menjanjikan pengalaman permainan yang sangat baik dengan penyediaan aplikasi Game Space. Judul permainan yang disenaraikan di dalam Game Space ini akan dioptimumkan prestasinya melalui beberapa ciri utama seperti berikut:

  • Peruntukan sumber sistem pintar untuk pengalaman permainan yang lebih lancar.
  • Menghalang akses rangkaian daripada digunakan oleh aplikasi background untuk rangkaian lebih stabil.
  • Mengurangkan latency rangkaian untuk memastikan pengalaman permainan lebih baik.
  • Mampu menyekat kemasukan panggilan masuk atau penerimaan teks mesej ketika bermain.
  • Pilihan mod yang boleh dipilih antara prestasi dan penggunaan bateri.

#8. Pilihan warna kecerunan yang cantik

Realme 3 ditawarkan dalam tiga warna pilihan menarik iaitu Classic Black yang tampil dalam kemasan warna hitam berkilat, dan juga warna Dynamic Black serta Radiant Blue yang memiliki permukaan warna kecerunan yang sangat cantik. Warna Dynamic Black menampilkan tona warna hitam dan biru, manakala warna Radiant Blue pula memiliki kombinasi tona warna biru dan juga hijau.

Harga dan ketersediaan jualan Realme 3:

  • Beli dengan harga istimewa eksklusif hanya di https://www.lazada.com.my/

  • Realme 3 akan mula dijual di kedai fizikal bermula 6 April 2019 di seluruh Malaysia

Tonton video buka kotak Realme 3:

Baca juga:

Realme 3 Kini Rasmi Dengan Helio P60, Dwi Kamera dan Bateri 4230 Mah Dengan Harga Daripada RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend