700,000 Unit Pocophone F1 Berjaya Terjual Dalam Tempoh Lebih 3 Bulan Di Seluruh Dunia 0 341

Melalui perkongsian tweet rasmi yang dimuat naik oleh Manmohan Chandolu selaku Pengurus Besar POCO India, sebanyak 700,000 unit Pocophone F1 telah berjaya dijual di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada penghujung bulan Ogos yang lalu.

Angka tersebut boleh dibanggakan kerana ia berjaya dicatatkan dalam tempoh yang agak singkat iaitu lebih kurang tiga bulan sahaja. Walaupun Pocophone F1 merupakan model pertama yang diperkenalkan di bawah sub-jenama Xiaomi, sambutan terhadap model ini adalah sangat baik memandangkan ia menawarkan sokongan spesifikasi setanding peranti mercu, tetapi dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Baca juga:

MIUI 10 Beta Untuk Pocophone F1 Kini Tersedia Dengan Rakaman Video 960fps Dan Mod Super Low-Light

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend