7 Ciri-Ciri Menarik Yang Menjadikan Huawei Y9 Berbaloi Untuk Dimiliki… Comments Off on 7 Ciri-Ciri Menarik Yang Menjadikan Huawei Y9 Berbaloi Untuk Dimiliki… 2298

Apabila sebut sahaja tentang peranti mampu milik yang dijual pada harga di bawah RM1000, mungkin rata-rata daripada kita akan berasa bingung untuk membuat keputusan yang tepat. Ini kerana kita perlu mempertimbangkan antara spesifikasi terbaik dan juga rekaan yang menarik. Jadi dengan harga hanya RM899, model terbaharu Huawei Y9 sudah tentunya boleh anda pertimbangkan berdasarkan 7 ciri-ciri menarik berikut:

#1. Skrin 6.5″ FHD+

Huawei Y9 sememangnya sangat sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti multimedia kerana ia menyokong skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel). Sebagaimana trend kebanyakan telefon pintar pada masa kini, ia turut hadir dengan rekaan takuk dalam nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 82.8%.

#2. Rekaan panel belakang melengkung

Walaupun dijual pada harga mampu milik, Huawei Y9 masih mampu menawarkan rekaan premium dengan sokongan panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Rekaan melengkung yang dikenali sebagai ‘3D Arc Design’ ini bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi ia sebenarnya memberikan rasa pegangan yang lebih selesa.

#3. Dwi kamera hadapan dengan ‘AI 3D Lighting’

Bagi anda yang gemar berswafoto, Huawei Y9 tampil dengan sokongan dwi kamera beresolusi 16MP + 2MP yang menjanjikan efek bokeh yang lebih baik. Bahkan mod penggambaran potret pada peranti ini turut dilengkapi dengan ciri ‘AI 3D Lighting’ untuk efek swafoto yang lebih unik.

#4. Dwi kamera utama dengan ‘AI Scene Recognition’

Sokongan dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP pada Huawei Y9 turut didatangkan dengan efek penggambaran ‘AI Scene Recognition’ yang mampu mengenal pasti subjek atau persekitaran secara automatik. Dengan adanya mod ini, ia mampu menjadikan hasil gambar yang diambil kelihatan lebih menarik dari segi warna dan juga kontras.

#5. Kirin 710 dengan GPU Turbo

Jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini, Kirin 710 dikatakan mampu menjanjikan prestasi single-core sehingga 75% dan prestasi multi-core sehingga 68% lebih baik. Malah sokongan proses fabrikasi 12nm turut memastikan penggunaan tenaga 30% lebih efisien. Tidak cukup dengan itu, prestasi gaming juga mampu dipertingkatkan dengan adanya teknologi GPU Turbo yang menjanjikan peningkatan prestasi GPU sehingga 1.3x.

#6. Bateri 4000 mAh

Salah satu ciri yang sangat diutamakan apabila ingin memiliki telefon pintar sudah tentunya kapasiti bateri yang besar, dan ini tidak menjadi masalah buat Huawei Y9 kerana ia menyokong bateri berkapasiti 4000 mAh. Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh Huawei, ia mampu menawarkan sehingga 9 jam untuk bermain game ataupun menonton video, 65 jam masa mendengar muzik, dan 14 jam masa melayari Internet.

#7. Harga mampu milik

Apa yang membuatkan Huawei Y9 sangat berbaloi untuk dimiliki sudah tentunya harga jualannya yang sangat kompetitif iaitu hanya RM899. Dengan sokongan spesifikasi terbaik di dalam kelasnya dan juga rekaan fizikal yang cantik, Huawei Y9 menjanjikan satu pakej yang lengkap kepada pengguna.

Tonton video rasmi Huawei Y9:

Beli set rasmi Huawei Y9 pada harga RM899 di https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Y9 Dalam Warna Sapphire Blue

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend