7 Ciri-Ciri Menarik Huawei Mate 20 X Yang Perlu Anda Tahu… Comments Off on 7 Ciri-Ciri Menarik Huawei Mate 20 X Yang Perlu Anda Tahu…

Huawei Malaysia baru-baru ini telah berkongsi video pendek berdurasi 1 minit 22 saat yang memperlihatkan keistimewaan yang disokong oleh model terbaharunya dari siri Mate 20 iaitu Huawei Mate 20 X. Memandangkan model ini bakal dijual secara rasmi di Malaysia bermula 11 November nanti melalui kempen Huawei Online Store 11.11, kami akan membuat rumusan 7 ciri-ciri menarik utama yang boleh anda miliki dengan Huawei Mate 20 X…

#1. Skrin 7.2 inci OLED FHD+

Buat pertama kalinya, Huawei hadir dengan telefon pintar dengan sokongan skrin paling besar pernah dihasilkan iaitu berukuran 7.2 inci FHD+ (2244 x 1080 piksel). Panel OLED yang disokongnya menjanjikan kualiti imej yang sangat menonjol dari segi kejituan warna dan juga kontras. Rekaan takuk kecil dengan nisbah paparan skrin 18.7:9 sememangnya sesuai untuk aktiviti multimedia.

#2. Tiga kamera LEICA (Ultra Wide Angle)

Huawei Mate 20 X hadir dengan tiga kamera dengan sentuhan kejurute pakar fotografi LEICA yang mampu memenuhi keperluan ketika bergambar. Ini kerana selain hadir dengan lensa RGB dan telefoto untuk efek bokeh serta 3x zum optikal, ia juga tersedia dengan satu lensa dengan mod penggambaran yang sangat luas.

#3. Bateri 5000 mAh dengan SuperCharge

Ketahanan bateri Huawei Mate 20 X sememangnya antara yang terbaik boleh dimiliki di pasaran kerana ia menyokong bateri berkapasiti 5000 mAh. Malah proses pengecasan juga terasa sangat pantas kerana dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge dengan output maksimum 5V4.5A atau bersamaan dengan 22.5W.

#4. Kirin 980 dengan GPU Turbo 2.0

Prestasi pengoperasian Huawei Mate 20 X tidak perlu disangkal lagi kerana sokongan Kirin 980 (7nm) telah terbukti sebagai pemproses terbaik pernah dihasilkan pada telefon pintar Android setakat ini. Tidak cukup dengan sokongan AI melalui kehadiran dwi cip NPU (Neural Processing Unit), ia juga menyokong GPU Turbo 2.0 yang mampu menjanjikan prestasi yang lebih baik untuk aspek gaming.

#5. Dwi speaker Dolby Atmos

Saiz skrin yang besar dan ditambah pula dengan sokongan dwi speaker pada bahagian atas dan bawah kerangka turut mengesahkan Huawei Mate 20 X sebagai peranti multimedia terbaik. Malah kualiti audionya juga turut tidak diabaikan kerana menyokong teknologi Dolby Atmos untuk efek bunyi yang lebih sinematik.

#6. Huawei SuperCool

Huawei Mate 20 X menjanjikan satu ciri istimewa yang tidak dimiliki oleh Mate 20 mahupun Mate 20 Pro, iaitu teknologi sistem penyejukan dwi dimensi pertama di dunia yang dikenali sebagai ‘Huawei SuperCool’. Sokongan sistem penyejukan Vapour Chamber (VC) dan Graphene Film mampu membebaskan haba dengan lebih cepat berbanding biasa.

#7. Hadir dengan sokongan M-Pen

Paparan skrin yang besar sememangnya menjanjikan kaedah yang lebih praktikal untuk anda membuat catatan nota dan Huawei Mate 20 X terasa lebih istimewa dengan adanya sokongan M-Pen. Direka khas eksklusif untuk Mate 20 X, M-Pen boleh mengaktifkan memo terus pada paparan lockscreen. Sokongan tekanan sensitiviti tinggi mencecah 4096 turut memastikan pengalaman menulis mirip seperti menggunakan pen biasa.

Tonton video penuh:

Baca juga:

Huawei Malaysia Tawar Sejumlah Hadiah Menarik Apabila Anda Membeli Mate 20 X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend