
Melalui laporan terkini yang telah dikongsikan oleh canalys, pasaran telefon pintar global telah menyaksikan penurunan tahun-ke-tahun sebanyak 2% dengan menyaksikan sebanyak 331.8 juta unit telefon pintar telah berjaya diedarkan di seluruh dunia. Sungguhpun begitu, hanya jenama Samsung dan HUAWEI sahaja berjaya mencatatkan perkembangan yang positif.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kemelut berhubung isu sekatan yang dikenakan oleh kerajaan AS, HUAWEI dilihat masih berjaya mengekalkan momentumnya sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar selepas Samsung. Dengan mencatatkan jumlah pengedaran telefon pintar mencecah 58.7 juta unit untuk suku ke-2 tahun ini, ia telah berjaya menyaksikan kenaikan perkongsian pasaran hampir 8%.

Tidak dinafikan bahawa pasaran global untuk telefon pintar HUAWEI telah mengalami sedikit penurunan, tetapi kedudukan jenama itu dilihat sangat kukuh di China. Ini jelas dapat dilihat melalui pengedaran sebanyak 37.3 juta unit telefon pintar HUAWEI di China untuk suku ke-2 tahun ini.

Mencatatkan perkongsian pasaran mencecah 38% di negarai itu, HUAWEI telah berjaya mengatasi pesaingnya yang lain seperti OPPO dan Vivo yang masing-masing mencatatkan perkongsian pasaran sebanyak 18%. Manakala jenama Xiaomi dan Apple hanya mencatatkan perkongsian pasaran sebanyak 12% dan 6%.
- Miliki peranti HUAWEI dan sertai promosi ‘Karnival HUAWEI 2019’, eksklusif di HUAWEI Online Official Store