5000 Unit Huawei Mate 20 X 5G Telah Dibeli Oleh Telco China Mobile Untuk Ujian Rangkaian 5G Comments Off on 5000 Unit Huawei Mate 20 X 5G Telah Dibeli Oleh Telco China Mobile Untuk Ujian Rangkaian 5G 481

Tahun 2019 ini bakal menyaksikan lebih banyak negara di seluruh dunia mula beralih untuk menggunakan rangkaian 5G bagi menggantikan rangkaian 4G yang dikomersialkan buat pertama kalinya pada tahun 2009.

Malah China merupakan salah satu negara yang komited untuk menawarkan rangkaian Internet berkelajuan tinggi itu, selepas Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat di negara itu telah memberikan lesen komersial 5G kepada China Telecom, China Mobile, China Unicom, dan juga China Radio and Television pada 6 Jun 2019.

Huawei Mate 20 X 5G

Dalam usaha untuk menguji rangkaian 5G di 40 buah bandar di seluruh China, China Mobile dilaporkan telah membeli sebanyak 5000 unit Huawei Mate 20 X 5G. Selain telco ini turut membeli sebanyak 5000 unit penghala (router) Huawei CPE Pro 5G untuk tujuan ujian tersebut. Berikut adalah senarai penuh peranti 5G yang telah dibeli oleh China Mobile untuk tujuan ujian rangkaian 5G:

  • Huawei Mate 20 X 5G versi ujian (mining project) – 4,000 unit
  • Huawei Mate 20 X 5G versi ujian (procurement project) – 1,000 unit
  • Vivo NEX 5G versi ujian – 100 unit
  • OPPO Reno 5G versi ujian – 1,000 unit
  • Xiaomi Mi MIX 3 5G versi ujian – 2,000 unit
  • Huawei CPE Pro 5G versi ujian – 5,000 unit

Baca juga:

Huawei Lancar Penghala 5G CPE Pro – Kelajuan Muat Turun Sehingga 4.6Gbps

Switzerland Jadi Negara Pertama Menawarkan Huawei Mate 20 X 5G Pada Harga RM4,053

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend