5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendaftar Akaun HUAWEI ID Pada Peranti HUAWEI Anda?! Comments Off on 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendaftar Akaun HUAWEI ID Pada Peranti HUAWEI Anda?! 263

Sekiranya anda memiliki telefon pintar daripada jenama HUAWEI, sudah tentunya anda perasan bahawa peranti ini akan meminta anda untuk mendaftar akaun HUAWEI ID apabila pertama kali menggunakannya. Tidak dinafikan anda boleh terus melangkau proses pendaftaran akaun tersebut, tetapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh menikmati lima kelebihan apabila mendaftar dengan HUAWEI ID.

#1. Themes

Apabila mendaftar dengan akaun HUAWEI ID, anda boleh memuat turun pelbagai tema latar dan juga skrin kunci Magazine secara percuma atau berbayar. Melalui aplikasi pra-pasang Themes yang tersedia dalam peranti HUAWEI, anda bukan sahaja boleh memuat turun tema, tetapi ia juga turut menyediakan jenis fon dan juga imej latar.

#2. AppGallery

Pemilik peranti HUAWEI yang telah berdaftar akan turut boleh menebus pelbagai ganjaran atau tawaran eksklusif yang diberikan dalam aplikasi pra-pasang AppGallery. Anda boleh berbuat demikian dengan mengakses tab ‘Me’ dan diikuti dengan ruangan ‘Gifts’ yang menawarkan penebusan untuk aplikasi, permainan dan juga pembelian atas talian.

#3. Sambungan kad debit/kredit Visa atau Mastercard

Proses pembelian dalam aplikasi kini akan lebih lancar dan selamat kerana anda boleh menyambungkan kad debit/kredit Visa atau Mastercard ke dalam akaun HUAWEI ID.

#4. Simpanan data secara ‘cloud’

Bagi memastikan segala data seperti senarai kontak, kalendar, mesej dan juga log panggilan anda sentiasa selamat. Pengaktifan HUAWEI ID mampu membuat salinan cloud secara automatik, sekaligus mampu mengelakkan anda kehilangan data penting sekiranya peranti hilang ataupun hilang.

#5. HUAWEI Health

Sekiranya anda merupakan seorang pengguna yang sangat mementingkan aspek kesihatan, proses pemantauan aktiviti harian seperti senaman, monitor tidur, berat dan juga kadar degupan jantung boleh dicatatkan dengan lebih tepat menggunakan aplikasi HUAWEI Health.

Bagaimana caranya untuk mendaftar akaun HUAWEI ID?!

Proses pendaftaran HUAWEI ID boleh dibuat dengan mudah melalui dua kaedah iaitu sama ada menggunakan nombor telefon ataupun alamat emel. Tidak kira apa jua kaedah yang dipilih, anda akan menerima kod pengesahan melalui teks mesej atau emel, dan anda hanya perlu mengikut langkah mudah untuk meneruskan proses pendaftaran.

  • Beli peranti HUAWEI terpilih dan dapatkan jaminan waranti sehingga 2 tahun (sehingga 30 September 2019 sahaja) di HUAWEI Online Official Store
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend