5 Ciri-Ciri Menarik Fungsi Video AI Yang Disokong Oleh Huawei Nova 4 Comments Off on 5 Ciri-Ciri Menarik Fungsi Video AI Yang Disokong Oleh Huawei Nova 4

Sebagaimana yang kita ketahui, Huawei Nova 4 telah dikuasakan dengan cip Neural Processing Unit (NPU) yang menjanjikan prestasi AI yang lebih berkuasa. Dikombinasikan pula dengan sistem tiga kamera yang terdiri daripada lensa utama RGB 20MP, lensa  sudut luas 16MP dan juga lensa bokeh 2MP, ia sebenarnya menyokong fungsi video AI menarik yang tidak dimiliki oleh peranti lain. Berikut adalah 5 ciri-ciri menarik fungsi video AI yang disokong oleh Huawei Nova 4…

1. Nada dering video untuk panggilan masuk

Huawei Nova 4 telah tersedia dengan beberapa nada dering video pra-pasang, tetapi lebih menariknya anda juga boleh memuat turun video pendek dalam aplikasi TikTok untuk digunakan sebagai nada dering video apabila menerima panggilan masuk. Jika mahukan nada dering video yang lebih peribadi, anda boleh membuat rakaman video pendek dan disetkan sebagai nada dering pada Huawei Nova 4 anda.

2. Suntingan video dengan bantuan AI

Apabila anda merekod video di dalam persekitaran yang ramai orang seperti di dalam parti ataupun di jalan, masalah photobomb merupakan perkara biasa yang sering terjadi. Dengan bantuan NPU pada Huawei Nova 4, ia telah dilengkapi dengan algoritma AI yang mampu menawarkan fungsi suntingan video automatik.

Bukan sekadar menawarkan fungsi suntingan asas seperti cut scene, ia memiliki kepintaran untuk mengenal pasti dan memisahkan antara orang ataupun objek yang terdapat di dalam video. Melalui bantuan teknologi ‘Character Association’, ia secara efektif boleh mengenal pasti karakter utama dalam setiap video dan menyingkirkan individu yang tidak berkenaan.

Logik pengaturcaraan asas suntingan video AI pada HUAWEI nova 4:

Langkah 1: menggunakan pengecaman wajah untuk menjejak dan mengenal pasti setiap wajah dalam video.

Langkah 2: menggunakan algoritma estetik yang dioptimumkan untuk mengkelaskan watak-watak utama yang dikenal pasti dan mengetahui ciri-ciri wajah mereka.

Langkah 3: menggunakan teknologi ‘Character Association’ untuk menyenaraikan klip video yang terdapat watak-watak utama tersebut.

Langkah 4: menghasilkan video sorotan 10 saat dengan tidak lebih daripada lima karakter utama. (Perkongsian satu sentuhan juga disokong.)

3. Panggilan video dengan efek kecantikan

Tanpa perlu risaukan wajah tanpa mekap terutamanya untuk golongan wanita, Huawei Nova 4 kini hadir dengan fungsi panggilan video yang menyokong efek kecantikan terbina-dalam untuk membuat panggilan video pada aplikasi WeChat. Anda boleh sahaja melaras tahap kecantikan, tetapi latar belakang juga boleh dikaburkan ketika membuat panggilan.

4. Rakaman video lebih stabil

Tidak dinafikan bahawa kamera pada Huawei Nova 4 tidak tersedia dengan teknologi penstabilan OIS (Optical Image Stabilization), tetapi rakaman video masih boleh diambil dengan lebih stabil dengan adanya fungsi penstabilan EIS (Electronic Image Stabilization). Dengan menggunakan sensor gyroscope, ia berupaya mengatasi isu gegaran dengan bantuan pembetulan ISO, kelajuan shutter, ataupun perisian untuk melakukan pembetulan.

5. Rakaman video gerak perlahan 480 fps

Huawei Nova 4 juga turut menyokong fungsi rakaman video gerak perlahan sehingga 480 fps yang telah dipertingkatkan berbanding generasi sebelumnya, dan akan memainkannya semula pada kelajuan 1/16 untuk mendapatkan efek yang lebih baik. Bahkan ia juga menjanjikan pelbagai fungsi tambahan lain seperti pembetulan low-light, penstabilan imej, dan banyak lagi isu kualiti video yang lain.

Baca juga:

Huawei Nova 4 Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 14 Februari 2019

8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rekaan Kamera Depan Huawei Nova 4?!

[Tips] Tak Suka Kewujudan ‘Lubang Hitam’ Pada Huawei Nova 4?! Ini Cara Untuk Sembunyikannya…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend