4.03 Juta Saman AES Sejak 2012 Sehingga 31 Ogos 2018 Kini Telah Dipadam Daripada Data Comments Off on 4.03 Juta Saman AES Sejak 2012 Sehingga 31 Ogos 2018 Kini Telah Dipadam Daripada Data

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, hari ini telah mengeluarkan kenyataan membatalkan kesemua 4.03 juta saman AES yang belum dibayar sejak kamera AES diperkenalkan pada tahun 2012 sehingga 31 Ogos 2018 yang lalu.

Berdasarkan perkongsian daripada Pusat Data Bahagian Teknologi Digital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kesemua saman AES sebelum 1 September bagi kesalahan had laju dan melanggar lampu isyarat itu melibatkan bayaran saman mencecah RM605 juta. Menurut Loke, kesemua saman AES yang telah dikeluarkan sebelum 1 September telahpun dipadam daripada data.

Walau bagaimanapun sejak 1 September sehingga 8 November yang lalu, hanya 1,711 saman telah dibayar daripada keseluruhan 60,444 saman AES atas kesalahan melanggar had laju. Bagi tempoh yang sama untuk kesalahan melanggar lampu isyarat pula, sebanyak 4,575 saman telah dikeluarkan dan hanya 167 saman sahaja telah dibayar.

Setakat ini sebanyak 1,190 kes saman AES telah dibawa ke mahkamah di Kedah, Perak, dan Pulau Pinang, namun hanya tiga individu sahaja hadir ke mahkamah. Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap individu yang gagal hadir ke mahkamah dan akan disenarai hitamkan daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga saman AES dijelaskan.

Pihak JPJ juga dikatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar untuk membayar saman AES dalam tempoh 60 hari, termasuklah dihadapkan ke mahkamah.

Cara memeriksa saman AES:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend