Tiga Sebab Mengapa Huawei MateBook 13 Mampu Menjadi ‘Teman’ Terbaik Untuk Tugasan Pejabat Comments Off on Tiga Sebab Mengapa Huawei MateBook 13 Mampu Menjadi ‘Teman’ Terbaik Untuk Tugasan Pejabat 683

Sekiranya anda sering melakukan tugasan pejabat tidak kira di masa dan tempat, penggunaan komputer riba sememangnya sangat praktikal. Namun begitu, pemilihan komputer riba yang sesuai juga turut memainkan peranan besar dalam memastikan kelancaran kerja yang lebih efisien.

Menariknya Huawei Malaysia baru sahaja melancarkan model komputer riba terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan Huawei MateBook 13. Hadir dengan spesifikasi dan juga fungsi eksklusif, ia sudah tentunya mampu menjadi ‘teman’ terbaik untuk anda. Berikut adalah tiga (3) sebab mengapa Huawei MateBook 13 patut anda pertimbangkan…

#1. Perkongsian fail yang sangat mudah dan pantas

Apabila anda perlu memindahkan fail penting seperti dokumen, video ataupun gambar daripada telefon pintar ke komputer riba, Huawei MateBook 13 menjanjikan proses yang sangat mudah dan pantas. Sokongan Huawei Share 3.0 dengan teknologi ‘One Hop Share’ membolehkan fail dihantar pada kelajuan mencecah sehingga 30MB/s. Semuanya hanya boleh dilakukan dengan menyentuhkan telefon pintar Huawei anda ke Huawei MateBook 13 melalui sambungan NFC sahaja.

#2. Paparan dengan nisbah skrin terbaik

Apabila menggunakan komputer riba, mata kita akan tertumpu pada paparan skrin untuk tempoh yang agak lama. Kebanyakan komputer riba tampil dengan nisbah paparan 16:9 dan hanya 59% daripada nisbah paparan digunakan untuk memaparkan imej ataupun dokumen. Sebaliknya Huawei MateBook 13 menyokong paparan bernisbah 3:2 yang mampu mengoptimumkan 85% ruang skrin, tambahan pula ia menjanjikan kualiti paparan terbaik dengan skrin beresolusi 2K (2160 x 1440 piksel). Lebih istimewa, ia memiliki saiz bezel yang sangat minimum yang dikenali sebagai ‘FullView Display’.

#3. Rekaan kompak dengan ketahanan bateri yang lama

Huawei MateBook 13 bukan sahaja tampil dalam rekaan yang ringkas tetapi moden, tetapi ia juga memiliki kerangka yang sangat nipis dengan berat hanya 1.28kg. Sungguhpun begitu, ia masih tersedia dengan saiz bateri sebesar 41.8 Wh yang mampu memastikan penggunaan sehingga 9.1 jam untuk melaksanakan tugasan pejabat yang biasa tanpa perlu disambungkan ke palam kuasa. Sekiranya perlu, anda masih boleh mengecasnya dengan sangat pantas menggunakan palam kuasa dengan output 65W.

Miliki Huawei MateBook 13 secara eksklusif di Huawei Online Store dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM498:

Baca juga:

Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend