3 Juta Unit Honor 10 Telah Terjual Semenjak Ia Dilancarkan Comments Off on 3 Juta Unit Honor 10 Telah Terjual Semenjak Ia Dilancarkan

Honor 10 telah dilancarkan secara global pada bulan Mei yang lalu di London. Hari ini syarikat tersebut mengumumkan sebanyak 3,000,000 unit telah terjual setakat ini di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sebelum ini syarikat China tersebut hanya mensasarkan sebanyak satu juta unit akan terjual tetapi angka tersebut telah meningkat sebanyak tiga kali ganda menjadikan ia antara telefon pintar kelas induk paling laris terjual. Kami berpendapat faktor yang menyumbang kepada angka ini disebabkan oleh harga yang ditawarkan.

Honor 10 mula dijual di Malaysia tidak lama selepas pelancaran global iaitu pada bulan yang sama. Harga yang ditawarkan pula ialah RM1,699 dan apa yang menjadikan ianya sebuah telefon pintar menarik ialah Honor 10 menawarkan ciri-ciri yang diperlukan oleh rata-rata pengguna.

Baca juga: Honor 10 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend