200 Unit HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co Berharga RM999 Akan Dijual Bermula 20 Disember Ini Comments Off on 200 Unit HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co Berharga RM999 Akan Dijual Bermula 20 Disember Ini

Selepas mengumumkan kehadiran HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co untuk pasaran tempatan pada awal bulan yang lepas, hari ini HONOR Malaysia telah mengesahkan bahawa edisi istimewa itu akan mula dijual dalam kuantiti yang sangat terhad secara rasmi pada 20 Disember 2019 nanti.

Sebanyak 200 unit HONOR 9X Edisi Terhad Stoned & Co akan ditawarkan, iaitu 100 unit boleh dimiliki melalui hihonor.com.my bermula jam 12 tengah malam pada 20 Disember, dan 100 unit lagi akan dijual bermula jam 11 pagi di HONOR Experience Store (HES) di Sunway Pyramid.

HONOR 9X edisi terhad ini bukan sahaja akan menampilkan kotak pembungkusan yang istimewa, tetapi ia juga akan turut didatangkan dengan sarung pelindung Stoned & Co. yang memiliki kod siri unik iaitu 001/200 hingga 200/200.

Spesifikasi HONOR 9X:

  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 710F
  • 6GB + 128GB ( microSD sehingga 512GB)
  • 6.59 inci HONOR FullView Display FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP + 8MP (Super Wide Angle) + 2MP (Depth sensor)
  • Kamera depan: 16MP Pop-up Camera
  • 4000mAh (USB Type-C, 5V2A)

Baca juga:

[Ulasan] HONOR 9X – Peranti Pertama HONOR Dengan Sokongan Kamera Depan Terangkat

HONOR 9X Berharga RM999 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 28 November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend