170,000 Unit Realme 3 Pro Berjaya Dijual Dalam Tempoh Lapan Minit Dalam Jualan Pertamanya Di India Comments Off on 170,000 Unit Realme 3 Pro Berjaya Dijual Dalam Tempoh Lapan Minit Dalam Jualan Pertamanya Di India

Realme baru sahaja melancarkan model Realme 3 Pro secara rasmi di India pada minggu lepas dengan sokongan spesifikasi yang boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelasnya. Melalui perkongsian di Twitter rasmi Realme, jualan pertama Realme 3 Pro di India yang berlangsung hari ini telah berjaya memecahkan rekod apabila lebih 170,000 unit telefon pintar itu telah habis dijual dalam tempoh lapan minit sahaja.

Sambutan jualan yang sangat positif ini berjaya dicapai oleh Realme 3 Pro berikutan tawaran harga dan juga sokongan spesifikasi yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan cipset Snapdragon 710, dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, skrin 6.3 inci FHD+ Gorilla Glass 5, bateri 4045 mAh dengan VOOC Flash Charge 3.0, kamera depan AI 25MP, dan juga dwi kamera utama 16MP + 5MP.

sumber

Baca juga:

Realme 3 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 710, Bateri 4045 mAh dan HyperBoost 2.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend