14 Model Xiaomi Ini Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie, Adakah Peranti Anda Tersenarai?! Comments Off on 14 Model Xiaomi Ini Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie, Adakah Peranti Anda Tersenarai?!

Jika sebelum ini kami telah kongsikan jenama telefon pintar yang akan hadir dengan sokongan kemas kini Android Pie seperti Huawei, vivo dan Sony Xperia, kali ini Xiaomi turut menyenaraikan sebanyak 14 model keluarannya yang akan menyokong kemas kini tersebut. Melalui sokongan Android 9.0 Pie, pengguna boleh menikmati pelbagai ciri-ciri baharu termasuklah panel notifikasi diperbaharui, sokongan paparan dalam mod landskap untuk aplikasi tertentu sebagai tetapan lalai, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun buat masa ini pihak Xiaomi masih lagi belum mendedahkan tarikh ketersediaan muat turun fail kemas kini Android Pie itu kepada umum. Jadi jom kita tengok adakah peranti milik anda tersenarai untuk menerima kemas kini tersebut:

Senarai Siri Xiaomi Mi yang akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie:

  • Mi MIX
  • Mi MIX 2
  • Mi MIX 2S
  • Mi 8
  • Mi 8 Explorer Edition
  • Mi 8 SE
  • Mi 6
  • Mi A2
  • Mi A2 Lite
  • Mi A1

Senarai Siri Xiaomi Redmi yang akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie:

  • Redmi Note 5
  • Redmi Note 5 Pro
  • Redmi 6
  • Redmi 5
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend