14 Media Eropah Memuji Kehebatan Huawei Mate 20 Pro Comments Off on 14 Media Eropah Memuji Kehebatan Huawei Mate 20 Pro 642

Selepas dilancarkan di London 16 Oktober lalu, Huawei Mate 20 Pro telah menerima respon yang baik daripada 14 portal web di eropah. Menurut sumber, antara laman yang memuji peranti ini adalah CHIP, ComputerBild, Connect, Les Numeriques, FrAndroid, dan banyak lagi. Ada juga diantara mereka yang telah mula mengiktiraf Huawei Mate 20 Pro sebagai telefon pintar terbaik untuk tahun ini.

Huawei Mate 20 Pro dilancarkan dengan skrin OLED bersaiz 6.4-inci QHD+, cip pemproses Kirin 980 dan kapasiti storan sehingga 128GB. Tri-kamera Leica yang diletakkan juga lebih baik berbanding Huawei P20 Pro malah keupayaan mengecas balik bateri untuk telefon pintar lain boleh dilakukan melalui teknologi Reverse Charging.

Ciri Reverse Charging tiada pada Huawei Mate 20 sebaliknya pada model Pro sahaja.

Anda boleh mendapatkan tawaran menarik Huawei Mate 20 Pro dengan dron DJI Tello secara percuma di jerayawara pada 27 Oktober hingga 28 Oktober di tiga lokasi berbeza:

  • Pavilion, KL – 1000 pelanggan pertama
  • Queensbay Mall, P.P – 300 pelanggan pertama
  • Aeon Mall Dato Onn, JB – 300 pelanggan pertama

Jika anda tidak berkesempatan berkunjung ke lokasi jerayawara, pembelian juga boleh dibuat di kedai dalam talian rasmi https://shop.huawei.com/my/ bermula 27 Oktober 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend