11street Meraikan Kemeriahan Ramadan Dan Hari Raya Dengan Pelbagai Tawaran Menarik Melalui Kempen ‘Syioknya Raya’ Comments Off on 11street Meraikan Kemeriahan Ramadan Dan Hari Raya Dengan Pelbagai Tawaran Menarik Melalui Kempen ‘Syioknya Raya’

Hari ini 11street selaku salah satu daripada peneraju pasaran dalam talian di Malaysia telah mendedahkan tabiat dan sikap perbelanjaan rakyat Malaysia bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya. Berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan bersama lebih 5,000 responden, rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan persiapan Hari Raya seawal enam minggu sebelum sambutan.

Malah tinjauan juga mendapati bahawa 83 peratus daripada rakyat Malaysia akan membelanjakan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan. Jadi bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan dan juga perayaan Hari Raya, 11street telah memperkenalkan kempen ‘Syioknya Raya’ yang menawarkan pelbagai diskaun, hadiah menarik dan juga ciri-ciri baharu untuk platform membeli-belah ini.

Kempen yang bermula pada 2 Mei 2018 ini bukan sahaja menawarkan potongan harga sehingga 90%, tetapi 11street juga turut memperkenalkan fungsi carian mesra pengguna Muslim agar mereka dapat mencari produk Halal dengan lebih mudah. 11street turut menjalinkan kerjasama dengan lebih 120 buah hotel dan restoran bagi membolehkan pengguna Muslim berbuka puasa dengan baucar bufet Ramadan pada harga berpatutan.

Melalui 11street juga, pengguna juga boleh mendapatkan lebih banyak koleksi pakaian Muslimah, barangan kediaman serta dapur, perabot dan pelbagai produk lain di dalam satu platform yang sama dengan diskaun untuk 150 jenama popular. Malah pengguna juga berupaya memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000 seperti mesin basuh, peti sejuk dan barangan elektrik yang lain.

11street

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend