11street Dan SOUL Electronics Perkenal Fon Telinga Tanpa Wayar AI Pertama Di Dunia – RUN FREE PRO BIO 0 352

Larian merupakan antara aktiviti senaman yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Perkara ini tidak menghairankan kerana ia bukan sahaja mudah untuk dibuat melalui kemudahan yang ada di sekeliling kita, tetapi ia merupakan antara aktiviti senaman yang lebih menjimatkan kos.

Sungguhpun begitu, cara bersenam yang tidak teratur dan salah boleh mengakibatkan kecederaan ataupun kesan negatif kepada diri. Menyedari akan isu berkenaan, 11street telah bekerjasama dengan SOUL Electronics untuk memperkenalkan fon telinga tanpa wayar dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di dunia.

Dikenali sebagai RUN FREE PRO BIO, fon telinga ini telah dikuasakan dengan Beflex BiomechEngine yang telah direka khas untuk menjadi jurulatih peribadi ketika berlari. Fon telinga dengan inovasi terbaharu ini akan dilengkapi dengan fungsi jurulatih suara bagi memberi nasihat masa sebenar ketika anda berlari, memantau prestasi, meningkatkan keberkesanan larian dan juga mengurangkan risiko kecederaan.

Melalui sokongan aplikasi SOUL FIT, fon telinga RUN FREE PRO BIO boleh menghimpun data analisis GAIT dengan mengukur data dan membandingkannya dengan pelbagai parameter lain seperti sudut memiring, simetri kepala, rentak langkah, hentakan dan sebagainya.

RUN FREE PRO BIO kini sudah boleh dimiliki secara eksklusif di 11street pada harga RM699 dalam dua warna pilihan iaitu kelabu dan merah. Bermula 4 hingga 12 Disember 2018, setiap pembelian fon telinga ini akan turut menikmati manfaat pertukaran 1-bagi-1 dalam tempoh setahun.

  • Miliki RUN FREE PRO BIO secara eksklusif di 11street
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend