11 Model Telefon Pintar Keluaran Huawei Ini Mungkin Akan Terima Kemas Kini Android Q Dengan Sokongan Aplikasi Google Comments Off on 11 Model Telefon Pintar Keluaran Huawei Ini Mungkin Akan Terima Kemas Kini Android Q Dengan Sokongan Aplikasi Google 919

Kemas kini artikel: Menurut portal Huawei Central, lebih daripada 17 model keluaran Huawei disahkan akan menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android Q. Namun begitu berdasarkan perkongsian portal tersebut, hanya 16 model sahaja yang telah diumumkan dan kami telah mengemaskini senarai model seperti yang dipaparkan dalam artikel. 

Berdasarkan pendedahan yang telah dikongsikan oleh portal popular dari Itali iaitu hdblog.it, Huawei dipercayai akan menawarkan kemas kini EMUI 10 berasaskan Android Q untuk 11 model telefon pintar keluarannya. Walaupun Huawei tidak mengumumkannya secara rasmi, senarai sokongan kemas kini tersebut berkemungkinan besar akan diterima, berdasarkan kepada program beta EMUI 10 berasaskan Android Q yang kini berada dalam fasa pengujian.

Senarai 11 model telefon pintar Huawei yang mungkin akan menerima kemas kini Android Q:

  • Huawei P30 Pro
  • Huawei P30
  • Huawei P30 Lite (lebih dikenali sebagai Huawei Nova 4e untuk pasaran tempatan)
  • Huawei Mate 20
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei Mate 20 X 5G
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei P20
  • Huawei P smart 2019
  • Huawei P smart+ 2019
  • Huawei P smart Z
  • Huawei Mate 20 X
  • Huawei Mate 20 RS Porsche Design
  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei Mate 10 Porsche Design

Selain menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android Q, kesemua peranti yang tersenarai itu juga akan turut menerima sokongan aplikasi Google seperti Google Play Store, Gmail, Google Maps, dan juga aplikasi pihak ketiga lain seperti WhatsApp, Facebook serta Instagram.

Bahkan ia juga dipercayai akan turut menerima tampalan keselamatan bulanan daripada Google seperti biasa, walaupun selepas kemas kini Android Q diterima. Benar atau tidak dakwaan ini, sama-sama kita nantikan kebenarannya dalam tempoh beberapa bulan lagi ini.

melaluisumber

Baca juga:

EMUI 10 Berasaskan Android Q Dengan Google Play Services Sedang Dibangunkan, Versi Beta Tersedia Untuk Huawei P30 Pro

Fungsi Antaramuka Gelap Pada EMUI 10 Berasaskan Android Q Beta Kini Dikenali Sebagai ‘Dark Mode’ Dan Lebih Mudah Diakses

Huawei Umum Barisan Pertama Telefon Pintar Keluarannya Yang Akan Terima Kemas Kini Android 10 Q

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend