1000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Tempoh 20 Minit Di Platform e-Dagang Shopee Dan Hihonor Comments Off on 1000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Tempoh 20 Minit Di Platform e-Dagang Shopee Dan Hihonor

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, Honor 8X yang dijual pada tanda harga RM949 sudahpun boleh dibeli secara rasmi di Malaysia bermula pada hari ini (12 Oktober). Lebih menariknya, pembelian atas talian melalui Shopee dan Hihonor turut menawarkan pelbagai hadiah percuma termasuk Honor Band 3 untuk stok terhad.

Honor 8X yang mula dijual pada jam 9 pagi tadi di kedua-dua platform e-dagang itu nampaknya ternyata telah mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan pengguna di negara ini. Dalam tempoh 20 minit, sebanyak 1000 unit Honor 8X telah berjaya dijual di Shopee dan Hihonor.

Jadi bagi anda yang terlepas untuk memiliki Honor 8X dengan hadiah percuma menarik ini, anda masih boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana jerayawara di empat lokasi terpilih pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad) ini. Bermula jam 10 pagi, anda boleh berkunjung ke MyTown Shopping Centre (Cheras), Klang Parade (Klang), Prangin Mall (Pulau Pinang) atau Sutera Mall (Johor Bahru) untuk membeli Honor 8X dengan tawaran hadiah percuma yang sangat terhad.

Honor Buang Bezel Untuk Skrin Yang Lebih Luas – Honor 8X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend