100% Rebat Tol Dan Perlindungan Insurans Percuma Dengan Penggunaan eDompet Touch ‘n Go Comments Off on 100% Rebat Tol Dan Perlindungan Insurans Percuma Dengan Penggunaan eDompet Touch ‘n Go 335

Baru-baru ini Touch ‘n Go eWallet telah mengumumkan kempen terbaharunya iaitu ‘Ultimate Toll Savings’ bagi menjanjikan lebih ganjaran dan penjimatan untuk penggunanya, khusus untuk pembayaran tol. Kempen ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan TNG Digital Sdn Bhd untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Sehingga 31 Oktober 2019, pengguna yang layak boleh membuat pembayaran tol di lebuhraya yang mengambil bahagian dengan ganjaran rebat tol 100%. Terbuka untuk pengguna eDompet yang menambah kad Touch ‘n Go buat pertama kali, mereka boleh menerima rebat tol 100% sebanyak tiga (3) kali, dan ia sah digunakan untuk pembayaran PayDirect atau RFID di lebuhraya terpilih sehingga 31 Disember 2019 nanti.

Pengguna yang membuat pembayaran tol menggunakan eDompet Touch ‘n Go melalui PayDirect atau RFID sehingga 31 Oktober 2019 juga layak menerima perlindungan insurans Kemalangan Peribadi (PA) daripada Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad bernilai RM10,000 secara percuma, dan sah sehingga 31 Disember 2019.

Menariknya, pengguna eDompet juga boleh menikmati tambahan tiga (3) kali 100% rebat tol melalui perkongsian kod rujukan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga. Setiap pengguna yang mendaftar menggunakan kod rujukan tersebut, anda akan menerima tiga kali 100% rebat tol secara berasingan. Tawaran hebat ini sah sehingga 31 Disember 2019.

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend