10 Tips ‘Chicken Dinner’ Untuk PUBG Mobile Daripada Vivo Malaysia Comments Off on 10 Tips ‘Chicken Dinner’ Untuk PUBG Mobile Daripada Vivo Malaysia 287

PUBG Mobile tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai di kalangan anda yang pernah mencuba permainan Battle Royale ini. Tetapi untuk menjadi pemain yang mahir bukan lah perkara yang mudah kerana pemain perlu meletakkan fokus yang penuh terhadap permainan.

Di bawah merupakan Tips yang dikongsikan oleh Vivo Malaysia untuk anda mendapatkan ‘Chicken Dinner’ dengan mudah:

#1 – Jangan Pakai Kasut

Pelbagai jenis kasut boleh didapati daripada peti (crate) sama ada daripada kupon percuma atau membelinya dengan UC (tunai maya). Ia juga menyerlahkan lagi gaya anda semasa berada di Lobi, tetapi tahukah anda kasut juga menyumbang kepada kesan bunyi kepada musuh? Jadi bagi mengelakkan musuh mengesan anda dengan lebih tepat adalah lebih baik anda tidak memakai kasut semasa berada di medan tempur.

#2 – MK Mutant atau AKM?

Kebanyakan pemain akan memilih raifal (AR) yang menggunakan peluru 7.62mm (coklat) untuk damage yang lebih tinggi kepada musuh. Bagaimanapun peluru yang ‘berbisa’ ini juga menghasilkan recoil (tolak balik) yang tinggi semasa menembak. Jadi antara AKM dan MK Mutant, anda mungkin boleh mencuba MK Mutant kerana ia lebih mudah untuk dikendali untuk pertempuran jarak jauh. Tetapi untuk jarak dekat AKM (ber-suppressor) adalah lebih ganas!

#3 – Cara Menembak Flare Gun

Flare Gun merupakan pistol yang paling rare untuk dijumpai, sekiranya anda menjumpainya anda boleh dikira bertuah. Bagaimanapun ada pemain yang mati lebih awal semasa menunggu bekalan udara ini sebelum atau selepas ia mendarat. Jadi, untuk menyelamatkan anda daripada serangan mengejut, Flare Gun perlu ditembak di lokasi yang strategik dan bukan di tempat terbuka. Anda boleh mencubanya di lembah, lereng-lereng bukit, atau di celah-celah bangunan.

#4 – Kerja Berpasukan

PUBG Mobile lebih seronok jika dimainkan dalam mod Squad. Setiap pemain perlu bertimbang rasa dan tidak perlu bersikap tamak semasa looting (kutip barang). Komunikasi antara satu sama lain juga membantu anda menyusun strategi atau membuat pergerakan taktikal. Sekiranya anda ‘terciduk’ (knock-down), pastikan selepas revive (dirawat) anda memakai Bandage atau First Aid Kid. Sambung semula kutip barang selepas itu, ingat barang yang banyak juga tidak menjamin kemenangan di akhir permainan.

#5 – Fon Kepala Atau Fon Telinga?

Tidak kisah sama ada anda ingin menggunakan fon kepala atau fon telinga, yang penting anda dapat mendengar audio permainan dengan jelas. Kelebihan yang ada pada permainan PUBG Mobile ini ialah ia menyokong bunyi sekeliling. Maka untuk mengetahui kedudukan musuh, guna lah fon kepala atau fon telinga yang diberikan dalam kotak telefon pintar anda tu!

Jika ada duit lebih, apa salahnya anda mendapatkan fon kepala tanpa wayar dengan sokongan mikrofon. Jadi tidak lah anda berasa rimas dengan wayar yang bersambung pada peranti.

#6 – Guna Voice Chat Atau Tidak?

PUBG Mobile menyediakan sokongan sembang suara yang memudahkan pemain berkomunikasi. Anda boleh melaras tahap kekuatan pembesar suara mengikut keselesaan. Anda juga boleh mematikan pembesar suara pemain yang anda tidak mahu dengar. Bagaimanapun, sembang teks tidak boleh dimatikan dan ia boleh dibaca oleh semua pemain.

#7 – Senjata Terbaik Untuk Tempur Jarak Dekat

Selepas tinjauan dibuat oleh Vivo, pemain beginner lebih menyukai senapang patah S686 dengan gandingan bersama raifal (AR). Ia sangat sesuai digunakan di kawasan bandar yang mana kita sedia maklum senapang seperti shortgun ini memang memberi impak tembakan yang besar kepada musuh yang berada dekat dengan anda. S686 mampu menumbangkan musuh yang menggunakan vest tahap 1 hanya dengan satu peluru. Musuh juga boleh ‘dikotakkan’ dengan dua peluru jika mereka menggunakan vest tahap 2.

#8 – M416 Assault Rifle Paling Versatil

Tidak dinafikan M416 (AR) merupakan senjata paling popular di dalam PUBG Mobile malah keupayaan senjata ini juga adalah lebih baik berbanding AKM ataupun M16A. Boleh dikatakan M416 dapat beraksi dengan baik dalam setiap situasi termasuk pertempuran jarak dekat mahupun jauh. Percaya atau tidak, pelurunya mampu mengenai musuh yang berada pada jarak 600m!

#9 – Aksesori

Ramai pemain memberitahu, skop 6x dan 8x sangat mudah dijumpai di kawasan ‘panas’ seperti Military Base, Mylta Power, Georgopol, atau di pekan seperti di Pochinki dan Rozhok. Sementara Red Dot dan Hologram pula sangat mudah dijumpai kadangkala rimas pula sebab terlalu banyak. Tetapi, jika anda sudah biasa menggunakan jenis-jenis skop ini, ia sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Makin tinggi nombornya makin tinggi recoil yang diberikan. Di sini pengguna perlu menyesuaikan setiap jenis skop dengan senjata yang digunakan. Kena teknik memang ngam lah!

#10 – Gunakan Peranti Yang Sesuai

Gambar: GadgetMatch

Dalam permainan PUBG Mobile, kekuatan RAM amat penting untuk melancarkan dan melicinkan permainan. Bagi anda yang masih menggunakan peranti ‘usang’, anda boleh memantapkan lagi permainan dengan memainkan ia pada peranti yang berprestasi tinggi. Dengan perkongsian tips daripada Vivo ini, kami boleh kreditkan mereka dengan mencadangkan anda mendapatkan Vivo V15 Pro. Cipset Snapdragon 675, 8GB RAM, skrin Super AMOLED!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend