10 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G?! Comments Off on 10 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G?!

Bermula 7 Februari 2020 ini, HUAWEI Malaysia telahpun mengumumkan akan membawa masuk telefon pintar 5G pertamanya iaitu model HUAWEI Mate 30 Pro 5G untuk pasaran tempatan.

Memandangkan Malaysia bakal menyaksikan pengkomersilan rangkaian Internet generasi kelima (5G) sekitar suku ketiga tahun 2020 ini, berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu memiliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

#1. Keupayaan menikmati pengalaman rangkaian 5G yang lebih luas

Buat masa ini, rangkaian 5G telahpun dikomersilkan di 47 buah negara di seluruh dunia. Lebih menariknya, kebanyakan daripada infrastruktur rangkaian 5G telah disediakan oleh HUAWEI, ini termasuklah di China, UK, Jerman, Itali dan Dubai.

Jadi apabila menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, anda boleh menikmati sambungan yang lebih pantas dan laju apabila anda melancong di mana-mana negara yang memiliki capaian rangkaian 5G.

#2. HUAWEI merupakan satu-satunya pembekal 5G yang menyeluruh daripada teras rangkaian sehinggalah ke kelengkapan terminal

Berbeza dengan telefon pintar 5G lain di pasaran, HUAWEI Mate 30 Pro 5G sudah tentunya memiliki kelebihan kerana ia telah dibangunkan sendiri oleh HUAWEI yang sememangnya memiliki kepakaran terhadap rangkaian 5G itu sendiri.

Ini kerana HUAWEI memiliki akses menyeluruh, stesen pangkalan 5G, cipset 5G, perkhidmatan storan awan 5G, peranti 5G dan banyak lagi.

#3. Cipset Kirin 990 5G

Apa yang membezakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G dengan telefon pintar 5G sedia ada? HUAWEI Mate 30 Pro 5G merupakan SoC mercu pertama di dunia yang diintegrasikan dengan 5G Baseband.

Melalui kombinasi dengan proses 7nm+ EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja menyokong modul dwi rangkaian (SA/NSA), tetapi ia juga mampu memastikan penghantaran rangkaian 5G yang lebih stabil dan dalam masa yang sama efisien tenaga.

#4. Rekaan antena 5G yang mampu menjanjikan prestasi kelajuan tinggi dengan penerimaan isyarat 5G yang lebih stabil

Jika dibandingkan dengan telefon pintar 5G yang lain dalam persekitaran yang sama, HUAWEI Mate 30 Pro 5G mampu menyokong sambungan 50% lebih pantas dengan penggunaan bateri yang lebih rendah.

HUAWEI Mate 30 Pro dilengkapi dengan sokongan 21 antena, yang mana 14 daripada rekaan antena dikhususkan untuk kegunaan 5G. Ini bermaksud anda boleh menikmati sambungan rangkaian 5G yang kuat tidak kira bagaimana cara anda memegangnya kerana tiada isu ‘Death Grip’ akan dihadapi.

#5. Sokong ciri ‘5G + 4G Dual Card Dual Standby’

HUAWEI Mate 30 Pro 5G sememangnya diintegrasikan dengan 5G Baseband, tetapi ia mampu menyokong rangkaian 2G/3G/4G tanpa masalah. Malah ia juga turut dilengkapi ciri ‘5G + 4G Dual Card Dual Standby’ yang membolehkan ia digunakan pada rangkaian berbeza serta keperluan perkakasan yang berlainan.

Sekiranya rangkaian 5G akan dipertingkatkan pada masa akan datang, HUAWEI Mate 30 Pro 5G mampu menyokongnya untuk menawarkan pengalaman 5G yang lebih laju, kependaman (latency) rendah dan juga bandwith yang lebih luas.

#6. Tiada lagi isu lagging atau kelewatan rangkaian, sesuai untuk gamer

Dengan sokongan 5G menggunakan cipset Kirin 990 5G, HUAWEI Mate 30 Pro 5G yang dijana dengan GPU Mali-G76 MC16 mampu menjanjikan grafik berdefinisi tinggi dan juga kelancaran permainan tanpa isu lagging atau kependaman rendah.

Apabila perkhidmatan Cloud Gaming diperkenalkan, anda boleh menjadi antara yang terawal untuk mencuba pengalaman permainan mudah alih beresolusi tinggi dan juga kependaman rendah pada HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

#7. HUAWEI Mate 30 Pro 5G merupakan telefon pintar 5G pertama diiktiraf oleh SIRIM di Malaysia

HUAWEI merupakan peneraju dan juga perintis dalam rangkaian 5G, dan kemunculan HUAWEI Mate 30 Pro 5G merupakan pilihan terbaik untuk anda yang inginkan prestasi dan juga teknologi rangkaian yang maju.

#8. DxoMark menobatkan HUAWEI Mate 30 Pro 5G sebagai telefon pintar berkamera terbaik

Dilengkapi dengan konfigurasi kuad kamera Leica, HUAWEI Mate 30 Pro 5G menyokong empat lensa beresolusi 40MP (f/1.6, PDAF, OIS) + 40MP (Ultra Wide, f/1.8, PDAF) + 8MP (Telephoto, f/2.4, PDAF, OIS) + ToF 3D Depth-sensing.

Mencatatkan skor sebanyak 123 mata, HUAWEI Mate 30 Pro 5G berada di kedudukan pertama dalam senarai DxOMark Camera. Selain menjanjikan keupayaan penggambaran malam yang sangat baik, ia turut dilengkapi fungsi video gerak perlahan mencecah sehingga 7680 fps.

#9. Rekaan elegan dengan sentuhan premium

HUAWEI Mate 30 Pro 5G memiliki permukaan skrin melengkung yang dikenali sebagai ‘Horizon Display’ yang memiliki lengkungan skrin mencecah sehingga 88 darjah, sekaligus memberikan rasa genggaman yang lebih selesa.

Lebih istimewanya ia turut menampilkan sentuhan premium dengan kemasan kulit yang dikenali sebagai ‘Vegan Leather Orange’. Berbeza dengan panel kaca biasa, ia lebih tahan calar dan tiada lagi isu permukaan yang dikotori dengan kesan cap jari.

#10. Kepantasan muat turun 5G yang sukar ditandingi

Dengan SoC Kirin 990 5G, HUAWEI Mate 30 Pro membolehkan penggunanya untuk menikmati sehingga 50% kelajuan muat turun 5G dengan penggunaan bateri yang rendah.

Berdasarkan ujian 5G yang telah dijalankan di Langkawi, HUAWEI Mate 30 Pro 5G telah berjaya mencatatkan kelajuan muat turun mencecah sehingga 1.8Gbps.

Harga dan Ketersediaan HUAWEI Mate 30 Pro 5G:

HUAWEI Mate 30 Pro 5G akan ditawarkan pada tanda harga RM4,199 bermula 7 Februari 2020 (Jumaat) ini. Ia boleh dimiliki melalui pelbagai saluran berbeza termasuklah HUAWEI Experience Store di seluruh negara, serta telco utama seperti Maxis, Celcom, U Mobile dan juga Digi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend