10 Perkara Menarik Tentang VivoBook S14 / S15, Komputer Riba Paling Ceria Tahun Ini Comments Off on 10 Perkara Menarik Tentang VivoBook S14 / S15, Komputer Riba Paling Ceria Tahun Ini 265

ASUS VivoBook S14 / S15 merupakan komputer riba terbaru daripada ASUS Malaysia yang dibawakan khas untuk peminat komputer riba kompak di negara ini. Ia merupakan komputer riba yang ditunggu-tunggu ramai kerana didatangkan dengan banyak ciri menarik antaranya rekaan yang menawan, sistem audio daripada Harmon Kardon, kamera IR, dan teknologi WiFi 6 yang baharu.

VivoBook terbaru ini hadir ke pasaran Malaysia untuk menepati citarasa gen-Z yang mahukan gaya hidup yang lebih versatil menerusi warna-warna ceria. Kesemua warna ini dipandankan dengan warna kontra agar ia kelihatan lebih menonjol bersesuaian dengan gaya hidup masa kini.

Dua pilihan saiz

VivoBook S14 ialah komputer riba dengan paparan bersaiz 14-inci dengan dua pilihan warna iaitu kelabu dan perak. Manakala VivoBook S15 dengan paparan berukuran 15-inci pula didatangkan dengan warna yang lebih menyerlah antaranya hijau, merah jambu, dan biru selain perak dan kelabu.

Sentuhan rekaan unik

Golongan belia pada zaman sekarang begitu cerewet dalam pemilihan pakaian sehinggalah ke gadjet yang digunakan. Untuk itu, VivoBook S14 / S15 hadir dengan sentuhan rekaan unik pada tubuh komputer terutamanya pada bahagian luaran. Dinamakan ErgoLift, engsel ini berfungsi bukan sahaja untuk memberi keselesaan semasa menaik tetapi dapat meninggikan permukaan bawah komputer riba untuk tujuan penyejukan. Rekaan sebegini sangat terkenal dalam barisan komputer riba keluaran ASUS khususnya siri VivoBook.

Warna Memukau

Seperti yang dikatakan tadi, VivoBook S15 dikeluarkan dalam beberapa pilihan warna moden yang mampu memberikan keceriaan kepada si pengguna, malah kepada sesiapa yang melihatnya.

  • Moss Green adalah warna hijau dengan aksen jingga. Ia mampu memberi semangat kepada mereka yang gemarkan aktiviti luar terutamanya yang suka kepada alam semulajadi.

  • Punk Pink ialah warna merah jambu yang dipadankan dengan aksen hijau. Ditujukan kepada golongan yang berani tampil dengan personaliti mereka.

  • Cobalt Blue merupakan warna biru dengan aksen merah. Warna ini direka istimewa untuk pengguna yang mahukan kelainan dalam kehidupan mereka.

  • Gun Metal adalah warna kelabu dengan aksen biru. Direka khas kepada belia yang gemarkan warna gelap serta ingin kelihatan elegan sepanjang masa.

  • Transparent Silver pula ialah warna perak dengan aksen putih. Ia warna asas untuk mereka yang ingin tampil kemas setiap masa tetapi mewah dari setiap sudut.

Binaan kukuh

Kerangka VivoBook pada kali ini telah diperbuat daripada sebongkah aluminium aloi yang telah dipotong oleh mesin CNC. Hasil daripada proses ini juga, ia bukan sahaja menjanjikan kemasan yang rapi bahkan memberikan rupa yang berbeza dengan model VivoBook generasi terdahulu. Logo yang menempatkan nama komputer riba ini juga kini diletakkan di bahagian tepi panel depan, sekaligus memudahkan orang di sekeliling mengetahui jenama serta model komputer riba yang sedang anda gunakan.

Bingkai paparan halus

VivoBook S14 / S15 dilengkapi bingkai paparan yang nipis selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Jika anda mahukan pengalaman visual yang menyeluruh, ini merupakan komputer riba yang sangat sesuai untuk dimiliki. Paparan penuh ini juga boleh dilihat dengan jelas dari sudut pandangan 178-darjah selain memaparkan visual yang lebih realistik melalui teknologi yang dipanggil ASUS Tru2Life. Percaya atau tidak, komputer riba sekompak ini menawarkan bingkai yang nipis dengan nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 88%.

Ringan dan nipis

Kedua-dua komputer riba VivoBook ini mudah dibawa ke mana-mana kerana ia memiliki ketebalan hanya 18mm dengan berat masing-masing sekitar 1.4kg untuk S14 dan 1.8kg untuk S15. Dalam kelasnya, ia boleh dikategorikan sebagai komputer riba yang ringan serta nipis.

Prestasi terbaik sepanjang hari

VivoBook S14 / S15 dikuasakan pemproses sehingga Intel Core i7-8565U Gen-8 yang ditemani sistem grafik NVIDIA MX 250. Kombinasi kedua-dua perkakasan ini nampaknya menawarkan bateri cekap tenaga pada masa sama mampu memainkan permainan tanpa sebarang isu. Komputer riba ini menyediakan port I/O untuk memastikan pengguna dapat melakukan tugas dengan mudah malahan teknologi WiFi 6 yang disumbatkan juga turut menawarkan sambungan tanpa wayar yang lebih stabil.

VivoBook S14 I/O port
VivoBook S15 I/O port

Pilihan CPU

Memori

Grafik

Pilihan storan

Intel® Core™ i7-8565U

1.8GHz quad-core dengan Turbo Boost (sehingga 4.6GHz) dan 8MB cache

Intel® Core™ i5-8265U

1.6GHz quad-core dengan Turbo Boost (sehingga 3.9GHz) dan 6MB cache

S15

4GB DDR4 2400Mhz

+ 1 slot memori kosong

S14

8GB LPDDR3 2133Mhz

Intel® UHD 620

NVIDIA® MX250

S14 S431

512GB PCIe® SSD

S15 S531

512 GB PCIe® SSD + 1 slot kosong

Kamera

Sambungan

Bateri tahan lama

Dimensi

IR HD Camera dengan facial login

Intel® Wi-Fi 6 with Gig+ performance (802.11ax)

Intel Wi-Fi 5 (802.11ac)

Bluetooth® V4.2 / V5.0

S14 S431

47Wh lithium-polymer battery (2-sel)

S15 S531
42wh 3-cell lithium-prismatic battery (3-sel)

S14 S431
323.3 x 213.7 x 18 mm

1.4kg

S15 S531
357.2 x 230.3 x 18 mm

1.8kg

Ujian penanda aras

Kita sedia maklum VivoBook S14 / S15 didatangkan dengan sistem CPU dan GPU yang mantap, keputusannya pula telah menunjukkan ia mampu melakukan tugasan berat seperti multi-tasking, penyuntingan video serta tugasan-tugasan yang berkaitan dengan grafik dengan baik. Berikut adalah skor yang diperolehi dalam ujian penanda aras di tiga platfom:

Model SKU 3DMark 11 PCMark 10 MobileMark
S431 FA P2113 2681 825 mins
S531 FL P4917 3882 636 mins

Pengalaman audio sempurna

Sistem audio merupakan bahagian yang sangat penting untuk memainkan kandungan hiburan. Oleh itu terdapat sistem pembesar suara stereo untuk VivoBook S14 dan S15. Menariknya, sistem ini ditala sepenuhnya oleh pasukan ASUS Golden Ear dan pakar audio dari Harmon Kardon. Tidak cukup dengan itu, teknologi ASUS Sonic Master turut diguna pakai bagi memberi pengalaman audio yang imersif setanding dengan komputer-komputer riba premium di luar sana.

MY ASUS: Portal sehenti untuk perisian ASUS

Bagi melengkapkan penggunaan VivoBook S14 dan S15, komputer riba ini turut didatangkan dengan portal ASUS. Ia memudahkan anda mencari segala perisian berkaitan ASUS selain dapat menjimatkan ruang storan tanpa perlu mendapatkan aplikasi pihak ketiga. Melaluinya, sistem dapat diselenggara dengan baik malah dapat mengoptimumkan prestasi komputer setiap masa. Selain itu, pengguna juga boleh mengakses portal ini untuk mendapatkan bantuan, menguruskan akaun ASUS, dan pelbagai perkhidmatan lain lagi.

Spesifikasi

VivoBook S14 (S431FA)

Pemproses

Intel® Core i7-8565U 1.8GHz quadcore with Turbo Boost (up to 4.6GHz) and 8MB cache

Sistem operasi

Windows 10 Home

Paparan

14″ LEDbacklit FHD (1920 x 1080) panel with 16:9 aspect ratio

Frameless foursided NanoEdge display with 86% screentobody ratio

178° wideview technology

Grafik

Integrated Intel® UHD Graphics 620

Memori

8GB 2133MHz LPDDR3 on board

Storan

512GB PCIe SSD

Intel® Optane memory H10 with Solid State Storage

Tanpa wayar

802.11ax Intel® WiFi 6 with Gig+ (802.11ax)

Bluetooth® 5.0

Sambungan

1 x USB 3.1 Type-C (USBC) Gen 2 (Up to 10Gbps)

1 x Type-A USB 3.1 Gen 1

1 x USB 2.0

1 x HDMI

1 x Combo audio jack

1 x SD card reader

Papan kekunci dan pad sesentuh

Fullsize keyboard with 1.4 mm key travel and optional backlight

Palm rejection technology

Precision Touchpad (PTP) technology with fourfinger smart gesture recognition

Audio

ASUS Sonic Master with surround sound and smart amplifier technology

Array microphone with Cortana voice recognition

Certified by Harman Kardon

Perisian

ASUS Splendid

ASUS Tru2Life Video

ASUS Audio Wizard

Bateri

Fast charge to 60% capacity in 49 min

47Wh 2-cell lithium-polymer battery

45W power adapter

Warna

Transparent Silver / Gun Metal

Saiz

18.0 x 323.3 x 213.7 mm

Berat

1.4 kg
VivoBook S15 S531FL

Pemproses

Intel® Core i5-8265U processor 1.6GHz quadcore with Turbo Boost (up to 3.9GHz) and 6MB cache

Sistem operasi

Windows 10 Home

Paparan

15.6″ LEDbacklit FHD (1920 x 1080) panel with 16:9 aspect ratio

Frameless foursided NanoEdge display with 88% screentobody ratio

178° wideview technology

Grafik

NVIDIA® GeForce® MX250 with 2GB GDDR5 VRAM

Memori

4GB 2400MHz DDR4 on board + 1 empty memory slot (Maximum up to 12GB)

Storan

512GBPCIe SSD + 1 empty expansion slot

Tanpa wayar

802.11ac Intel® WiFi 5

Bluetooth® 4.2

Sambungan

1 x USB 3.1 Type-C (USBC) Gen 1

1 x Type-A USB 3.1 Gen 1

2 x USB 2.0

1 x HDMI

1 x Combo audio jack

1 x Micro SD card reader

Papan kekunci dan pad sesentuh

Fullsize keyboard with 1.4 mm key travel

Touchpad with palm rejection technology and precision Touchpad (PTP) technology with fourfinger smart gesture recognition

Audio

ASUS Sonic Master with surround sound and smart amplifier technology

Array microphone with Cortana voice recognition

Certified by Harman Kardon

Perisian

ASUS Splendid

ASUS Tru2Life Video

ASUS Audio Wizard

Bateri

Fast charge to 60% capacity in 49 min

42Wh 3-cell lithium-prismatic battery

90W power adapter

Warna

Moss Green / Punk Pink / Cobalt Blue / Transparent Silver / Gun Metal

Saiz

180 x 357.2 x 230.3 mm

Berat

1.8 kg
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend