10 Perkara Menarik Tentang Peranti Boleh Lipat 5G Pertama Malaysia – HUAWEI Mate Xs Comments Off on 10 Perkara Menarik Tentang Peranti Boleh Lipat 5G Pertama Malaysia – HUAWEI Mate Xs

HUAWEI Mate Xs baru sahaja dilancarkan di peringkat global sebagai telefon pintar dengan skrin boleh lipat generasi kedua yang diperkenalkan oleh HUAWEI. Tidak dinafikan dari segi rekaan fizikal, tiada banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding generasi pertamanya.

Jadi bagi memudahkan anda untuk melihat sendiri apakah kelebihan yang diperkenalkan pada HUAWEI Mate Xs, berikut adalah 10 perkara yang perlu anda tahu tentang telefon pintar dengan skrin boleh lipat 5G pertama di Malaysia ini.

#1. Skrin Foldable FullView Display yang praktikal

Tidak dinafikan bahawa HUAWEI Mate Xs hadir dengan rekaan skrin boleh lipat yang agak terdedah. Namun begitu, pada pendapat kami rekaan skrin sebegini sememangnya sangat praktikal kerana dengan menggunakan satu skrin fleksibel, pengguna boleh menikmati tiga mod paparan berbeza mengikut keperluan.

#2. Skrin 8 inci dengan ciri ‘Multi-window’

Sokongan skrin besar berukuran 8 inci OLED FHD+ (2480 x 2200 piksel) pada HUAWEI Mate Xs membolehkan anda mengoperasikan dua aplikasi secara serentak secara bersebelahan yang dikenali sebagai ‘Multi-window’. Tidak cukup dengan itu, anda juga sebenarnya boleh mengoperasikan satu lagi aplikasi seperti kalkulator pada tetingkap kecil yang boleh diubah kedudukannya.

#3. Skrin fleksibel yang lebih tahan lasak

Bagi memastikan skrin fleksibel yang lebih tahan lasak, paparan skrin pada Mate Xs telah didatangkan dengan dua lapisan Optical Polyimide yang mana 80% lebih tahan lasak berbanding dengan peranti yang didatangkan dengan hanya satu lapisan Optical Polyimide. Menurut HUAWEI, teknologi lapisan ini dikatakan 3x lebih mahal berbanding emas.

#4. Rekaan engsel ‘Falcon Wing’ yang diperbaharui

Berbeza dengan rekaan engsel sebelum ini, Mate Xs menyokong engsel dengan struktur yang mampu menghalang kemasukan habuk ataupun kotoran. Engsel yang diperbuat daripada Zirconium. Malah rekaan baharu ini turut menjanjikan ketahanan engsel yang lebih baik.

#5. Cipset Kirin 990 5G dengan proses 7nm+ EUV

Mate Xs yang dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G menggunakan proses 7nm+ EUV ini bukan sahaja mampu menjanjikan prestasi setanding peranti mercu yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia juga lebih efisien tenaga. Menariknya ia juga mampu menyokong rangkaian 5G dwi mod (SA/NSA), sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar dengan skrin boleh lipat 5G pertama di negara ini.

#6. Sokongan 5G untuk sambungan global

Memandangkan kebanyakan negara di dunia ini telah mula beralih ke rangkaian 5G, Mate Xs telah dilengkapi dengan lebih banyak jalur 5G bagi membolehkannya disambungkan ke rangkaian 5G global. Kirin 990 5G secara teorinya dikatakan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 2.3Gbps.

#7. Dwi slot kad SIM berasingan

Menariknya Mate Xs turut dilengkapi dengan dua slot kad SIM fizikal yang boleh menyokong rangkaian 5G, 4G, 3G ataupun 2G tanpa masalah. Dengan sokongan dua slot kad SIM, anda boleh sentiasa terhubung walaupun di mana jua anda berada.

#8. Kuad kamera 48MP SuperSensing Leica

HUAWEI Mate Xs bolehj dianggap sebagai peranti menyeluruh kerana ia turut menjanjikan keupayaan penggambaran yang baik setanding peranti mercu lain. Ini kerana ia memiliki kuad kamera beresolusi 40MP SuperSensing (27mm, f/1.8, RYYB) + 8MP (Telephoto, 80mm, f/2.4, OIS) + 16MP (Ultra Wide, 17mm, f/2.2) + ToF (3D Depth Sensing).

#9. Bantuan penggambaran ‘Mirror Shooting’

Apabila anda mengambil gambar menggunakan Mate Xs, satu tetingkap skrin akan dipaparkan bersebelahan dengan kuad kamera pada peranti ini. Fungsi ‘Mirror Shooting’ ini sememangnya sangat berguna kerana ia bukan sahaja boleh digunakan untuk mengambil gambar swafoto, tetapi individu yang akan diambil gambarnya juga boleh lebih bersedia.

#10. Pengecasan pantas 55W dengan pengiktirafan TÜV Rheinland

HUAWEI Mate Xs memiliki kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 4500mAh. Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh HUAWEI, Mate Xs masih mampu mencatatkan tempoh penggunaan sehingga 7.5 jam untuk sambungan 5G dengan penggunaan berat.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend