[Ulasan] 10 Perkara Menarik Pada Gelang Pintar HONOR Band 5 Comments Off on [Ulasan] 10 Perkara Menarik Pada Gelang Pintar HONOR Band 5 284

HONOR Band 5 mula dijual kepada orang ramai pada 10 Oktober lalu. Ia merupakan gelang tangan pintar yang memiliki banyak kegunaan dan sudah menjadi kebiasaan orang di Malaysia menggunakan gelang seumpama ini. Spesifikasinya kini lebih baik berbanding generasi terdahulu, namun tanda harganya masih lagi mampu dimiliki. Berikut adalah fungsi-fungsi menarik yang ditawarkan HONOR Band 5:

#1 – Paparan sentuh AMOLED

Jika HONOR Band 4 dan HONOR Band 5 diletakkan secara sebelah-menyebelah, anda mungkin tidak akan perasan perbezaan pada skrinnya. Ini kerana HONOR Band 5 menggunakan skrin AMOLED berukuran 0.95-inci yang sama seperti dulu. Namun begitu, untuk model terbaru ini, pengguna bebas untuk memilih muka jam yang dimahukan. Terdapat banyak sekali muka jam yang ditawarkan pada gelang pintar ini. Pengguna boleh tetapkan pilihan yang ingin digunakan dengan mudah sekali iaitu menggunakan telefon pintar.

#2 – Bateri tahan 14 Hari

Menurut syarikat, HONOR Band 5 mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 14 hari. Sudah tentu, tempoh selama itu hanya boleh digunakan untuk melihat masa sahaja. Sekiranya ia digunakan untuk aktiviti kecergasan, mungkin baterinya hanya dapat bertahan kurang dari seminggu sahaja. Untuk pengetahuan anda, bateri yang dimuatkan ialah 100mAh.

#3 – UI Lebih menarik

UI yang dimaksudkan di sini ialah paparan ikon pada antaramuka kini telah diubah dan tampak segar. Beberapa ciri kecergasan telah dimasukkan antaranya seperti Outdoor Running, Indoor Running, Outdoor Walking, Outdoor Cycling, Indoor Cycling, Swimming, Free Training, Indoor Walking, Rowing Machine, dan juga Elliptical Trainer.

#4 – Sokongan SPO2

Ia adalah HONOR Band pertama yang menyokong ciri pemantauan oksigen dalam darah (SPO2). Fungsinya ialah memberitahu pengguna sama ada tubuh badan kekurangan oksigen atau tidak lebih-lebih lagi pada altitud tinggi seperti mendaki bukit atau gunung.

#5 – Sistem Pemantauan Tidur

Dikuasakan teknologi HUAWEI TruSleep, HONOR Band 5 boleh digunakan ketika anda sedang tidur. Ia akan menganalisa tahap kualiti tidur dan tabiat tidur dan akan menyediakan lebih 200 cadangan penilaian peribadi untuk tidur malam yang lebih baik.

#6 – Kawalan di Hujung Jari

Selain daripada menawarkan sistem pemautauan yang baik kepada pengguna, HONOR Band 5 juga boleh dijadikan sebagai alat kawalan. Jika anda menggunakan peranti HUAWEI/HONOR, anda boleh jadikan gelang tangan ini sebagai butang shutter untuk menangkap gambar. Pengguna juga boleh mengawal muzik pada gelang ini tanpa perlu mengakses telefon pintar.

#7 – Tali Getah yang Selesa

Gelang pintar ini hadir dengan tali jam jenis getah berwarna hitam. Pada kami tali ini agak sukar untuk dipakaikan di pergelangan tangan kerana permukaan getah ini yang kesat. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memasang tali pihak ketiga sekrianya warna hitam ini membosankan.

#8 – Boleh Tenggelam didalam Air

Seperti yang diberitahu, HONOR Band 5 memiliki ciri kecergasan aktiviti renang. Ini bermaksud, ia boleh dibawa ke dalam air dan digunakan seperti biasa. Atas kertas, gelang tangan ini mengatakan ia boleh ditenggelamkan sehingga kedalaman 50 meter mengikut piawaian ISO standard 22810:2010. Menurut manual, pengguna perlu bersihkan gelang ini dengan air bersih selepas menggunakannya di laut untuk mengelakkannya daripada rosak.

#9 – Tawaran Promosi Sehingga 11.11

Jika anda telah menanam hasrat untuk membeli HONOR Band 5 ini, HONOR sedang mengadakan tawaran promosi bersempena 11.11. Diskaun produk kini sedang berlangsung yang mana anda boleh dapatkannya pada harga RM111 (asal RM149 → RM129). Tawaran ini boleh direbut selagi stok masih ada hanya di kedai dalam talian hihonor Malaysia.

#10 – Spesifikasi

  • 0.95″ AMOLED Full Color Display
  • Kepadatan piksel ~282 piksel
  • 2.5D glass
  • Kalis air sehingga kedalaman 50m
  • 14 hari bateri
  • 10 fungsi kecergasan
  • Sokong peranti Android dan iOS
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend